Nuffnang Ads

Monday 11 June 2012

'SERANG DAN TERANG' PENDEKATAN BN PULAU PINANG JAWAB TOHMAHAN PEMBANGKANG


Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menggunakan pendekatan "serang dan terang" bagi menjawab tohmahan dan memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkit pakatan pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, strategi itu akan digerak menerusi program 'Semboyan Dibunyikan' yang akan dilancar serentak melibatkan 13 kawasan Parlimen di negeri ini bermula 14 Jun sehingga 15 Julai ini.

"Pendekatan ini memberi fokus terhadap pembongkaran isu yang sering dimainkan kerajaan pakatan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat terhadap mereka.
"Sebagai contoh kerajaan negeri mendakwa hutang negeri telah diselesaikan, namun sebenarnya urusan melangsaikan hutang itu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Strategi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), di sini hari ini.

Beliau berkata, pelbagai kaedah akan diguna termasuk media cetak dan media alternatif selain pucuk pimpinan parti turun padang bagi menyebar risalah untuk memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar yang berlaku dalam tempoh empat tahun pentadbiran Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.
Katanya, penyebaran maklumat itu akan disemarak dengan penyertaan lebih 40 pelopor media alternatif BN yang sedia membantu menjayakan misi untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada parti tersebut.
"Jumlah ini mencukupi untuk melaksanakan tugas menyebarkan maklumat kepada orang ramai, terutama mereka yang sering menggunakan Internet sebagai saluran mendapatkan maklumat semasa," katanya.
Teng berkata, antara isu yang akan diberi tumpuan ialah kebebasan media, pembinaan rumah kos rendah oleh kerajaan negeri dan masalah kesesakan lalu lintas.

Beliau turut menggesa setiap komponen parti itu menjadikan kekalahan lepas sebagai panduan buat mereka dan tidak sangsi dengan kebolehan diri bagi memastikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.
Mai Pikiaq Pi: Kalau boleh MPP pun mau balik Penang tolong BN di sana... Kita basuh cukup-cukup dajjal DAP dan sekutunya...

No comments:

Post a Comment