Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim segera memfailkan saman fitnah terhadap bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia bagi membuktikan Datuk Abdul Murad Khalid bukan proksi atau kroni beliau.
Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, tindakan itu penting kerana akuan berkanun Abdul Murad mengenai pemilikan 20 akuan induk Anwar membuktikan Ketua Pembangkang itu terbabit dalam kegiatan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
“Anwar perlu saman Abdul Murad untuk membersihkan namanya dan sebagai satu tindakan penafian walaupun ramai membuat ramalan Anwar tidak akan berani bertindak sedemikian sebab mereka berdua tahu rahsia masing-masing.
“Dikatakan Abdul Murad tahu banyak rahsia kewangan Anwar dan menerima banyak manfaat daripada Anwar dan tentu kedua-duanya akan rugi besar jika Anwar saman Abdul Murad,” katanya, di sini, semalam.
Selama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyemak status siasatan berhubung akuan berkanun Abdul Murad mengenai akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali tidak menolak kemungkinan kes pemilikan akaun induk Anwar itu pernah dirujuk kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan disiasat polis.
Sebelum ini, beberapa NGO mendesak Anwar memberi penjelasan pemilikan akaun itu ketika menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.
Pada Rabu lalu, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyarankan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan pemilikan 20 akaun itu kerana boleh dikaitkan dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Ruslan berkata, rakyat berhak bertanya isu yang didedahkan menerusi akuan berkanun itu dan Anwar tidak seharusnya ‘menikuskan’ diri, begitu juga SPRM.
“Rakyat sedang menunggu tindakan susulan Anwar dan SPRM, manakala Abdul Murad pula perlu membuat pilihan selamat,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan tindakan Anwar yang sebelum ini pantas membuat penafian dan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang melemparkan tuduhan terhadapnya, berbanding isu pemilikan 20 akaun induk apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mengambil sikap berdiam diri.
“Oleh itu, tidak menghairankan kenapa Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin supaya mengisytiharkan harta dan akaun serta asetnya dulu sebelum beliau berbuat demikian.
“Ini adalah taktik dan strategi yang biasa dilakukan Anwar untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenarnya,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Siapa yang tak kenal Anwar yang suka berdolak-dalih?... Aku harap kalau benar Anwar mempunyai akaun bernilai RM3 bilion..., kerajaan perlulah mengambil tindakan tegas dengan membekukan akaun tersebut... Cari di mana aset itu datang?...
No comments:
Post a Comment