Nuffnang Ads

Friday, 15 June 2012

BERSIH 3.0: Sokongan Pengundi Cina Terhadap PR Merosot 50%


Kita semua tahu, political surveys adalah makanan pemimpin PKR. Mereka sentiasa bercakap berasaskan survey. Antara pemimpin PKR yang paling cekap dalam buat kerja-kerja political surveying ini adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Ramai yang tahu. Malahan, apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang lalu – memang seperti yang dijangkakan oleh survey yang dibuat oleh Dr. Mansor Othman.
Salah satu survey yang baru sahaja dilengkapkan oleh pihak neutral, namun turut diketahui oleh Dr. Mansor adalah: sejauh mana kesan sokongan pengundi Cina di Selangor (15 kawasan Parlimen) yang dibuat selepas Bersih 3.0.
Apa yang sampai kepada telinga Dr. Mansor memang mengerikan Jawatankuasa Strategik PKR. Mereka cukup takut dengan survey bebas yang baru dilaksanakan ini. Antara kesimpulan yang diperoleh adalah seperti berikut:-
Sokongan pengundi Cina di 15 kawasan Parlimen di Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR) merosot 50%! Penambahan pengundi Cina atas pagar yang sangat ketara. Penurunan sokongan pengundi Cina kepada BN sebanyak 2 %.
Memang menurut Dr. Mansor angka ini masih selamat kepada PR, tapi bagaimana Bersih 3.0 telah meranapkan sokongan pengundi Cina kepada PR? Ini yang menjadi tanda-tanya dalam kalangan strategis PKR.
Mereka pelik kerana ini tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya, pasca Bersih 3.0, sokongan akan meningkat lebih tinggi. Namun, ianya tidak berlaku begitu. Ada beberapa alasan yang dirasakan mungkin boleh menerangkan situasi ini:-
Orang Cina menyokong Bersih 3.0 (setelah melihat orang Melayu ramai sewaktu Bersih 2.0). Namun sokongan mereka kepada Bersih dan bukannya kepada PR;
Mereka terasa dipermainkan dengan sikap pemimpin PR yang menggunakan mereka untuk kepentingan politik.
Fear syndrome – dalam kalangan pengundi Cina melihat kemungkinan buruk berlaku jika memilih PR (tidak stabil). Kerjasama tidak ikhlas;
Serangan kepada integriti Anwar, Azmin dan pemimpin PR lain semakin menghasilkan kesan;
Integriti pemimpin Cina seperti Lim Guan Eng sendiri diragui;
Kenyataan Anwar bahawa mereka hanya yakin menang dengan 10 kerusi menakutkan pengundi Cina. Tidak mahu apa yang berlaku di Indonesia akan berlaku di Malaysia.
Hakikatnya, BN pun tidak menang pengundi Cina selepas Bersih 3.0. Semakin menurun. Tetapi tidak sebesar PR.
Apa jadi kalau BN mampu memberikan jaminan stabiliti kepada pengundi Cina. Yang duduk atas pagar pun akan balik kepada BN. Jangan lupa dengan faktor Tun Mahathir. Semasa 2008, Mahathir tidak bersama dengan pimpinan kerajaan. Kali ini, YA. Ada impak? Dr. Mansor sendiri mengakui faktor Dr. Mahathir mempunyai ‘kesan’ kepada pengundi.
Mai Pikiaq Pi: Harap BN kembali merampas negeri-negeri bawah tampuk pemerintahan PR...

1 comment:

  1. Salam, nak jemput jom join blog saya....boleh berkongsi cerita, pengalaman, petua dan macam-macam lagi la ye.....jommm...

    ReplyDelete