Pembangkang sentiasa tampil dengan teori-teori songsang yang mengelirukan rakyat bagi menolak usaha baik yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai contoh, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini mengatakan sesiapa mengundi PAS mendapat pahala sedangkan sebelum ini Nik Aziz mendakwa sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga manakala mengundi Umno akan masuk neraka.
"Ia berubah-ubah. Sedangkan soal masuk syurga atau neraka serta soal pahala adalah ditentukan oleh Allah," katanya pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Felda Lubok Merbau, dekat sini hari ini.
Katanya apabila kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), PAS mengeluarkan fatwa ia adalah rasuah tetapi anggota (parti) mereka tetap mengambilnya.
"Kalau rasuah janganlah terima di Kedah (negeri yang dikuasai pembangkang), BR1M diberikan kepada 363,132 isi rumah melibatkan RM181 juta. Kita kalau nak beri bantuan, tak pernah tanya penyokong mana, sama ada Umno, PAS atau DAP," katanya
Katanya, pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang merupakan janji-janji mereka jika berjaya menawan Putrajaya tetapi kalau diteliti, jika ia dilaksanakan, boleh menyebabkan negara muflis.
"Apa yang kita buat adalah transformasi, yang merupakan anjakan berganda. Kita dah buat macam-macam. Sejak dua tahun lepas, agensi-agensi dan kementerian-kementerian telah mencapai apa yang disasarkan. Ada yang capai lebih 100 peratus...ada 110 peratus, ada 120 peratus," katanya.
Muhyiddin berkata, kejayaan yang dicapai kerajaan sekarang disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa yang mengatakan program transformasi di Malaysia ini hebat.
Rakyat tidak boleh mengharapkan kepada pembangkang kerana pembangkang hanya berjanji tetapi Kerajaan BN telah membuktikan apa yang dijanjikan, katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Kerajaan BN menjanjikan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi negara maju berpendapatan tinggi kerana ada negara maju tetapi rakyatnya berpendapatan rendah.
"Kita ada rakyat 28 juta. Sekarang ini pendapatan per kapita adalah US$9,500. Pada 2020 kita mahu pendapatan per kapita rakyat negara ini US$15,000. Ini janji kerajaan. Kita tahu macam mana nak capai dan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
"Kita (BN) sebagai kerajaan berwibawa, kita akan tunaikan. Bukan janji seperti orang di sebelah sana (pembangkang)," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Syurga neraka hanya kerja Allah... tiada siapa yang mengetahui rahsia-Nya...
No comments:
Post a Comment