Nuffnang Ads

Monday 25 June 2012

NEGARA BERKEBAJIKAN PAS BAKAL ANCAM ISLAM


Dasar Berkebajikan PAS dibimbangi bakal ancam Islam, kata Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman kerana PAS terpaksa menyesuaikan partinya dengan dua parti liberal dan sekular dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR.
“Mereka adalah parti-parti sekular, mereka membawa ideologi sosialis. Apabila PAS bersama di dalam pakatan ini, maka PAS perlu memberi justifikasi Islam kepada penglibatan tersebut.
“Sebab PAS bersetuju dengan Buku Jingga. Akhirnya Buku Jingga lah yang akan menjadi manifesto kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Abdullah Zaik berkata demikian ketika menjadi panel Program Dalam Radar Khas yang bertajuk ‘Malaysia Negara Berkebajikan, Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada’ anjuran Bernama Radio 24 di Wisma Bernama, 21 Jun.
Selain itu, dua orang lagi ahli panel juga turut serta adalah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan Dr. Fadlan Othman, Pengerusi Ulama Muda UMNO.
Mai Pikiaq Pi: Mana ada DAP dan PKR akan bagi PAS berkuasa.. Jadi kuda tunggangan adalah....

No comments:

Post a Comment