Nuffnang Ads

Friday 8 June 2012

UMNO Parti Yang Amalkan Konsep Wasatiyyah Bukan Asabiyyah


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO sebenarnya adalah sebuah parti yang mengamalkan konsep ‘wasatiyyah’ iaitu bersederhana, seimbang dan adil untuk rakyat negara ini dan bukannya parti bersifat ‘asabiyyah’ atau perkauman seperti dakwaan sesetengah pihak.
Tegas beliau di samping memartabat bangsa Melayu dan Islam, UMNO juga memberi keadilan terhadap semua bangsa dan agama di negara ini.
“UMNO sebenarnya mendukung konsep wasatiyyah kerana ia lahir bukan sahaja untuk bangsa Melayu dan Islam tetapi untuk keadilan kepada semua pihak yang lain, dan bukannya berteraskan kepada perkauman seperti yang didakwa pembangkang.
“Jika kata UMNO adalah parti kebangsaan juga adalah benar kerana kita bukan parti di peringkat kampung atau negeri tetapi parti terbesar di peringkat kebangsaan. Tidak salah jika kata kita parti kebangsaan,” katanya pada ‘Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia’ di sini, hari ini.
Turut hadir pada seminar yang disertai 2,000 peserta itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menarik perhatian bahawa Pas bukanlah parti berasaskan akidah seperti yang didakwa kerana ia bersepakat dengan DAP yang jelas menentang Islam.
“Patut kena terima salam perpaduan dengan UMNO baru betul jika mahu sebut mengenai akidah kerana ia rakan seagama dan bukannya mendakap DAP,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata pintu rundingan antara UMNO dan Pas sentiasa terbuka demi kesejahteraan negara, bangsa dan agama.
Seminar itu diadakan di negeri-negeri bagi menjelaskan konsep wasatiyyah dan 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mai Pikiaq Pi: Kita sendiri boleh nilai mana satu parti perkauman... Hanya pentingkan kaum dan bangsa mereka tanpa menghiraukan bangsa lain... Sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah Pulau Pinang.. Orang Melayu tergadai tanah dan maruah...

No comments:

Post a Comment