Sikap anggota pakatan pembangkang yang bertindak biadab, kurang ajar dan mempersenda Raja-raja Melayu tentunya didukung oleh segelintir pihak yang sememangnya mahukan Malaysia menjadi sebuah negara Republik, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.
Jelasnya, dalam pakatan pembangkang itu sendiri memang jelas ada sebuah parti iaitu DAP yang mahukan negara ini menjadi sebuah Kerajaan Republik iaitu tanpa Raja-raja Melayu.
“Walaupun hal ini ditimbulkan oleh Nizar menerusi twitter baru-baru ini ternyata satu tindakan yang biadab bukan sahaja kepada Sultan Johor tetapi secara amnya adalah kepada semua Raja-raja Melayu kerana Sultan Johor adalah anggota kepada satu institusi iaitu Majlis Raja-raja,” katanya.
Sebelum ini, Nizar lantang mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor kenderaan WWW1 dengan menuduh baginda telah menyalahgunakan wang rakyat semata-mata untuk membeli nombor kenderaan tersebut yang berjumlah RM520 ribu.
“Ini adalah sikap kurang ajar, biadab, tidak menghormati institusi Diraja dan mempersenda Raja-raja Melayu yang selama ini menjadi payung kepada orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.”
Jelasnya, sebagai orang Melayu, Nizar sendiri sewajarnya sedar peranan baginda tetapi sebaliknya dia telah menjadi alat kepada pihak lain bagi menjatuhkan martabat institusi Raja dan orang Melayu sendiri.
“Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pihak pembangkang khususnya DAP iaitu memperlekeh kedudukan Sultan dan Raja-raja Melayu kerana antara tugas baginda sendiri adalah melindungi keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta menjaga kepentingan sah orang Melayu selain menjadi Ketua Agama Islam dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera.
“Dengan kedudukan Raja-raja Melayu ini maka tentunya sukar untuk DAP memperjuangkan agenda mereka bagi mendapatkan kuasa, mewujudkan Kerajaan Republik tanpa Sultan selain membuang agama Islam sebagai agama rasmi apatah lagi hak keistimewaan orang Melayu.”
Tambahnya yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), apabila ada orang Melayu sendiri yang mempermainkan kedudukan Sultan sedemikian maka ia akan menjadi ‘senjata’ kepada pihak terbabit.
“Sebagai seorang pemimpin bergelar Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sewajarnya Nizar menjadi contoh tetapi berdasarkan apa yang telah dilakukan beliau bukan saja mencemarkan kedudukan Sultan tetapi juga mempersenda untuk menunjukkan betapa rendahnya martabat Sultan hinggakan nombor kenderaan pun dipertikaikan,” katanya.
Lebih teruk lagi, katanya, dalam pakatan pembangkang itu sendiri sama ada PKR, Pas dan DAP langsung tidak ada yang menyatakan pendirian membidas kelakuan Nizar malah mereka lebih memilih untuk berdiam diri seolah-olah bersetuju dengan apa yang telah Nizar lakukan.
“Jika soal pembidaan nombor berkaitan menjadi isu, mengapa tidak Nizar mempertikaikan bidaan angka-angka lain termasuklah beberapa individu persendirian walhal Baginda Sultan Johor membeli nombor pendaftaran terbabit mengikut prosedur sebagaimana rakyat biasa,” tegasnya.
Ujarnya, apabila ramai pihak termasuk NGO dan rakyat yang mendesak dan membidas tindakan Nizar barulah beliau mahu memohon maaf tetapi itu pun menggunakan media massa sebagaimana memperlihatkan ketidakseriusannya terhadap penghinaan yang telah dilakukan kepada institusi Raja-raja Melayu.
“Tindakan tegas perlu dibuat terhadap Nizar yang secara jelas telah mencemuh kedudukan Raja-raja Melayu apatah lagi ini bukanlah kali pertama beliau berbuat demikian setelah apa yang berlaku semasa peralihan pentadbiran di Perak antara kerajaan pembangkang dengan Barisan Nasional (BN).”
Ekoran daripada tindakan Nizar, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah ketika merasmikan pembukaan penggal kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar, Nusajaya Khamis lalu jelas menggambarkan kemurkaan baginda yang menyifatkan sikap pemimpin tersebut sebagai satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan Johor dan ianya menggambarkan pemimpin berkenaan lupa tentang adab Melayu atau sememangnya jahil dan cetek akal.
Mai Pikiaq Pi: Kita patut buang nanah tersebut sebelum menular ke tempat lain... Nizar adalah contoh bangsa Melayu yang lupa diri...
No comments:
Post a Comment