Nuffnang Ads

Thursday, 14 June 2012

Majlis Syura Pas Masih Tercari-cari Dalil, Fatwa Sokongan Anwar Terhadap Israel


“Lama betul mereka mencari dalil dan ‘fatwa’ berhubung sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
“Apakah proses berkenaan memakan masa yang cukup lama sehingga ke hari ini masih belum ada pendirian rasmi daripada Majlis Syura Ulama Pas berhubung perkara itu. Saya pun tertunggu-tunggu untuk menantikan suara mereka”, kata pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long.
Menurut beliau perkara tersebut cukup lama dan bukankah ianya menimbulkan seribu satu persoalan kepada masyarakat umum pendirian sebuah parti yang siang dan malamnya tidak lekang daripada ayat al-Quran oleh pemimpin mereka.
“Apakah mereka sekadar tahu baca dan sekadar untuk menghentam mana-mana pihak yang tidak sebulu dengan mereka khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menuju ke Putrajaya.
“Takkan sekadar baca untuk benda itu sahaja…sambil-sambil baca dalam ceramah itu, elok jugalah sekiranya tengok sepadan atau tidak dengan apa yang didakwa terhadap Ketua Pembangkang berhubung isu Israel itu.
“Saya nak bercakap lebih lanjut pun tidak berbaloi sebab lagi pun bukankah mereka Parti Islam Semalaysia…..Majlis Syura Ulama pula tu…..takkan benda itu pun tidak nampak. Apa pun kita masih mengharapkan penjelasan mereka dalam soal ini,” katanya di sini.
Sebelum ini beberapa pihak menjangkakan Majlis Syura Ulama Pas akan terus berdiam diri berhubung sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini seolah-olah ada kebenarannya.
Ini kerana sehingga kini, Majlis Syura Ulama masih berdiam diri berhubung perkara itu yang dilihat seolah-olah parti berkenaan terkucil dan terkunci rapat mulut mereka apabila berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lebih lanjut Ustaz Jamil seterusnya menambah apa yang diperkatakan itu adalah ikhlas dan bukannya untuk menghentam mana-mana pihak.
“Apa yang saya utarakan ini adalah untuk mengingatkan Majlis Syura kalau-kalau mereka terlupa perkara ini. Sebab apa yang saya nampak mereka hanya bersuara pada masa tertentu sahaja.
“Jadi kalau bolehlah berilah penjelasan selanjutnya. Bersih 3.0 baru-baru ini dah keluar pendirian. Isu ini bila lagi mereka mahu beri penjelasan. Apakah kita terus tunggu dan tunggu dan tunggu selamanya,“ katanya. 
Mai Pikiaq Pi: Hanya Islam pada parti sahaja.. Cakap biar serupa bikin...

No comments:

Post a Comment