Nuffnang Ads

Friday, 8 June 2012

BR1M BANYAK BERI MANFAAT

Cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua mendapat reaksi positif rakyat yang sememangnya memerlukan bantuan itu bagi meringankan beban kos sara hidup.

Mereka berpendapat, ia bakal memberi manfaat kepada rakyat berpendapatan rendah menghadapi kehidupan akibat bebanan kos sara hidup yang makin meningkat.

Orang Kelainan Upaya (OKU), Jani Lajis, 71, berkata, dalam keadaan sekarang, pemberian BR1M kali kedua amat diperlukan tambahan pula dengan keadaan fizikalnya yang uzur. 

“Kehidupan di ibu kota amat memerlukan perbelanjaan tinggi dan bantuan yang diterima daripada pihak kebajikan kadangkala tidak mencukupi untuk menampung kos seperti sewa rumah, keperluan harian, dan pembayaran bil. 

“Justeru, bantuan itu memberi manfaat kepada saya yang tidak bekerja kerana keadaan fizikal dan kesihatan tidak mengizinkan berbuat demikian," katanya. 

Peniaga kecil, Abdul Jali Sulaiman, 65, juga menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri itu kerana wang RM500 banyak membantu meringankan beban hidupnya. 

“Wang yang diterima dulu banyak membantu saya membeli keperluan harian, di samping ubat isteri yang menghidapi angin ahmar. Jika dapat sekali lagi, wang itu akan digunakan untuk tujuan yang sama. 

“Bantuan itu menunjukkan keprihatinan serta rasa tanggungjawab kerajaan terhadap golongan kurang berupaya dan bernasib baik meneruskan kehidupan seperti insan lain,” katanya. 

Sementara itu, Rabaya Osman, 65, pula berkata, BR1M kali kedua memberi harapan baru untuknya mendapat bantuan berkenaan selepas tidak menerima BR1M yang lalu. 

“Kesedihan gagal mendapat BR1M yang lalu sedikit terubat apabila menerima berita kerajaan berkemungkinan akan memberinya lagi sekali. Saya berharap kali ini akan mendapatnya bagi membantu membiayai keperluan harian,” katanya.


Mai Pikiaq Pi: Harap BR1M kali kedua memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.. Jangan ada pihak yang menangguk di air keruh... Pihak pembangkang tidak perlulah jadikan modal politik bagi meraih sokongan rakyat dengan pemberian BR1M kali kedua oleh kerajaan nanti...

No comments:

Post a Comment