Nampaknya Anwar kini kembali dengan muslihat lamanya: menggunakan sekutu-sekutu dan NGO belaanya untuk menjatuhkan kerajaan dan mencemarkan imej pilihan raya Malaysia.
Sejak dua minggu lalu, beberapa laporan akhbar dan blog telah mendedahkan bahawa rekaan fakta terhadap sistem pilihan raya di Malaysia hanya dilakukan oleh rakan-rakan asing Anwar. “Misi” yang diketuai oleh seorang Senator di Australia, Nick Xenophon, telah mengkritik sistem pilihan raya di Malaysia dan mencadangkan satu siri perubahan yang dijangka akan memihak kepada PKR.
Kini, terdapat satu lagi kumpulan yang kononnya mengatakan bahawa mereka adalah organisasi bebas, Suaram, sebenarnya hanyalah salah satu daripada “kawan-kawan” Anwar. Kumpulan tersebut sering menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa minggu lepas dengan perkara yang bermotifkan politik dengan mengembalikan isu Scorpene, namun Suaram tetap cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan fakta di mana mereka bekerjasama bersama Anwar.
Walaupun laman web mereka tidak menyatakan identiti sebenar mereka, tetapi setelah diteliti, Suaram sebenarnya dipenuhi oleh orang PKR. Jadi, mereka sebenarnya hanyalah pihak pembangkang.
Antara mereka termasuk aktivis kanan organisasi Suaram, Ahli Parlimen PKR, Tian Chua dan Sivarasa Rasiah; Ahli Majlis Tertinggi PKR, Irene Fernandez; Anggota ADUN PKR, Elizabeth Wong dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin. Ahli-ahli Suaram yang lain di Suaram termasuk Ahli Parlimen DAP dan pegawai-pegawai kanan Parti Sosialis Malaysia – kedua-duanya sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).
Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel juga merupakan ahli majlis perbandaran di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Jadi, Suaram sememangnya PR. Mungkin ini menjelaskan mengapa dalam beberapa bulan kebelakangan ini,terbuktilah mengapa mereka tidak bertindak sebagai sebuah organisasi bebas, tetapi sebagai sebuah parti politik bagi menghadapi pilihan raya.
Dan bagi menghidupkan kembali isu lama di Mahkamah Perancis, Suaram telah berusaha keras hinggakan mereka telah mengadakan majlis makan malam yang dinamakan sebagai “Scorpene 2.0” yang mengenakan bayaran sebanyak RM10,000 bagi satu meja.
Namun, bagi mereka yang inginkan kebenaran, terdapat beberapa perkara yang perlu kita tahu terhadap isu yang dikeluarkan oleh Suaram. Penyiasatan yang dijalankan oleh Hakim Mahkamah Perancis bagi isu yang ditimbulkan oleh Suaram dikatakan akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Mengapa Suaram tidak boleh tunggu sehingga keputusan dikeluarkan?
Mungkin mereka bimbang bahawa hakim mungkin akan mengumumkan bahawa bukti-bukti mereka tidak kukuh? Atau mungkin mereka rasakan bahawa isu ini adalah modal terbaik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)?
Organisasi ini juga kelihatan seperti tidak membenarkan wartawan untuk menyiasat sendiri perkara ini. Apabila wartawan bertanyakan soalan sama ada mereka boleh mendapatkan sumber asli daripada Suaram, mereka berkata bahawa menurut undang-undang Perancis, mereka tidak boleh membawa bukti-bukti mereka keluar daripada Perancis.
Suaram telah mereka satu keadaan di mana segala informasi yang diberikan kepada pihak media tidak boleh disiasat dan mereka mahu pihak media percaya akan setiap perkara yang mereka nyatakan, namun seperti mana yang kita ketahui, Suaram bukanlah satu organisasi yang bebas ataupun mereka mahu memperjuangkan hal rakyat.
Bagi mereka yang tahu akan modus operandi Anwar, perkara ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Namun, rakyat perlu tahu akan kebenaran sebelum segalanya terlambat. Suaram perlu menjelaskan hubungan mereka dengan PKR dan mereka perlu menjelaskan kepada rakyat tentang mengapa mereka bertindak sebegini rupa.
Mai Pikiaq Pi: Kerajaan sentiasa perlu berwaspada pada musuh-musuh politik yang sentiasa mengambil peluang kotor menjatuhkan kerajaan sekalipun dengan campur tangan asing....
No comments:
Post a Comment