Nuffnang Ads

Thursday, 7 June 2012

Musa: Pada Mula Dr. Mahathir Tidak Percaya!


Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara berkata, ketika beliau menemui Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberitahu hasil siasatan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, bekas Perdana Menteri tidak percaya dengan dakwaan salah laku seksual timbalannya itu.
Ketika itu Musa adalah Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang juga merupakan pegawai penyiasat kes buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM”, manakala Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia.
“Dia (Dr Mahathir) panggil saya pada satu masa dulu…dia tanya, ‘betulkah kamu menyiasat?’..saya kata ya..saya menyiasat kes Anwar Ibrahim..Dr. Mahathir mula-mulanya tak percaya Anwar Ibrahim melakukan benda ni.
“Kemudian, dia menyatakan…'awak siasat betul-betul..kalau awak tak siasat betul-betul..awak adakan keterangan palsu..awak masuk penjara’..itu Dr Mahathir beritahu saya..saya kata ok..saya akan siasat betul-betul..,” katanya ketika diwawancara wartawan Malaysiakini.
Meskipun Musa diasak soalan-soalan yang berbentuk prejudis daripada portal yang cenderung kepada Ketua Pembangkang itu, namun bekas pengawai penyiasat Anwar mampu menjawab secara konsisten sama dengan jawapan yang diberikan pada tahun 1998.

                               

No comments:

Post a Comment