Nuffnang Ads

Friday, 22 June 2012

Pembangkang perlu wujud program bantu rakyat

Pembangkang perlu membuktikan yang mereka bersedia mewujudkan program-program yang dapat membantu dan menyelesaikan masalah rakyat daripada hanya berceramah dan bercakap kosong, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata, jika pembangkang terus melakukan pembohongan, mereka akan kehilangan sokongan dan pastinya mereka tidak mampu bersaing dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kalau mereka ingin bersaing dengan BN, mereka perlu wujudkan program membantu rakyat, kerana kalau setakat memberi pendustaan atau menggunakan perkataan sinis, ini tidak akan laku sangat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan MCA Jelebu, di Titi, di sini Khamis.



Katanya sokongan masyarakat Cina kepada Kerajaan BN semakin menunjukkan peningkatan, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendapat sokongan kaum Tionghua.

Katanya, peningkatan sokongan kaum Tionghua menunjukkan trend yang positif di Negeri Sembilan dan ia dijangka terus bertambah dengan pelbagai program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.


Mai Pikiaq Pi: Harap-harap begitulah... Jangan pula bermanis-manis tapi masa pilihan raya nanti undi DAP....

No comments:

Post a Comment