Nuffnang Ads

Thursday, 21 June 2012

Wajib tolak Anwar Ibrahim yang berfahaman pluralisme


YB Zulkifli Noordin bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1998 mengakui tidak nampak keburukan Ketua Umum PKR itu, kecuali bermula selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), Mac 2008.
“Bukan sekadar peguam, saya juga bertindak sebagai front line dia..Saya antara barisan depan sampai ditahan ISA dan lokap bagi saya rumah nombor dua zaman bersama dengan Anwar.
“Buat apa sahaja untuk Anwar..Saya antara peguam yang paling kerap lawat Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh..Saya ingat tiga kali seminggu..paling kurang tu..selama tu, kita bukan tak tahu..ada juga benda dia (Anwar) bohong, kelentong, auta sana sini..tapi kita ambil sikap pejam mata..pada kita benda tu kecil sangat..Macam sakit belakang, sakit tengkok, dan segala sakit yang ada lah..
“Ramai juga yang tanya..tak kan 12 tahun.. tak nampak..memang tak nampak..12 tahun..kita tak nampak langsung..yang besar dia..Penipuan, pembohongan, putar belit yang besar-besar ini, tak berapa nak nampak,” katanya.
Menurutnya, beliau hanya nampak wajah sebenar Anwar selepas kemenangan besar PR dalam pilihanraya ke-12, apabila Ketua Umum PKR itu mendedahkan identit sebenarnya ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010, yang bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World
“Saya, kebetulan Allah nak bagi pembuka mata selepas 8 Mac 2008..selepas PRU12..baru nak buka mata..barulah Allah tunjuk inilah pekung Anwar Ibrahim yang sebenar.
“Tetapi yang membuatkan saya menentang dia..yang saya kira saya tidak boleh bertolak ansur lagi..18 Mac, dia buat ucapan di London School of Economic..di London..di situ Anwar Ibrahim buat satu ucapan pluralisme ..Itulah pertama kali Anwar Ibrahim mendedahkan identiti pemikiran dia yang sebenarnya iaitu dia penganut fahaman pluralisme,”katanya.
Titik-titik pertembungan pemikiran Zulkifli dan Anwar sudah bermula sejak Ogos 2008 iaitu berkenaan Forum Memeluk Islam, walaupun sudah bercanggah, namun ketika itu Anwar belum menzahirkan pemikirannya sebagai pendokong pluralisme.
Zulkifli menyertai perhimpunan anti- Forum Memeluk Islam yang dianggap sebagai forum pro-murtad yang dianjurkan Majlis Peguam pimpinan Datuk Ambiga Sreenevasan di ibu pejabat badan itu, di Lebuh Pasar , Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2008.
Sebaliknya, Anwar Ibrahim pula pro-Forum Memeluk Islam iaitu secara tersiratnya, pro-murtad.
Dari pertembungan pemikiran itu berakhir dengan pemecatan Zulkifli sebagai ahli PKR.
Justifikasi Anwar berpegang terhadap fahaman pluralisme agama itulah menyebabkan Ketua Umum PKR menjadi dalang untuk memberi kalimah Allah kepada penganut Kristian.
Pluralime agama dan sama rata hak Allah adalah pintu terhadap pemurtadan.
Mai Pikiaq Pi: Mari bermuhasabah kembali dan menolak Anwar Ibrahim yang sah-sah menyokong fahaman pluralisme...

No comments:

Post a Comment