Majlis Bertindak Peniaga-peniaga dan Penduduk-penduduk Ibu Kota menyasarkan mahu mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan terhadap Bersih 4.0 Cintakan Keamanan - langkah memprotes tiga perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum ini.
Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos, berkata, usaha tersebut sudah berlangsung sejak lima hari lalu di beberapa kawasan di ibu negara.
Menurutnya, setakat ini, sebanyak 110,000 tandatangan sudah dikumpulkan.
"Kita mensasarkan dapat mengumpul sejuta tandangan sebelum bulan Ramadan.
"Apabila kita sudah dapat kumpulkan sejuta tandangan, kita akan hantar kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika Program Mengumpul Sejuta Tandatangan di sekitar Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, semalam.
Usaha tersebut sebagai membuktikan sokongan warga kota untuk melihat keamanan dikekalkan sekaligus menolak penganjuran Bersih, Bersih 2.0, dan Bersih 3.0, sebelum ini.
Dalam pada itu, Jamal berkata, pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada pihak Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka bagi penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 secara besar-besaran, namun belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.
Dalam pekembangan lain, katanya, pihaknya kini sudah menerima 480 peniaga telah menyatakan hasrat mahu membuat tuntutan ganti rugi menerusi peguam sukarela di bawah Bersih 4.0.
"Kita akan failkan di mahkamah dalam masa terdekat," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Aku rasa Bersih 4.0 kena buat perhimpunan di rumah Ambiga sama... Biar dia rasa jutaan rakyat sangat bencikan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0...
No comments:
Post a Comment