Nuffnang Ads

Tuesday 12 June 2012

'Nurul Izzah Digesa Jadi Orang Tengah' - Noraini


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar digesa supaya memujuk ibunya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Presiden parti itu, Shamsidar Taharin supaya mengadakan sidang akhbar bersama dengan segera.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Abd. Khalil Saferi berkata, sidang akhbar itu bagi menjawab segala dakwaan oleh Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung hubungan sulit antara Shamsidar dan suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia juga bagi menjawab dakwaan Nallakaruppan bahawa seorang biseksual tidak boleh menjadi Ketua Pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Nallakaruppan mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar selain merupakan seorang biseksual.

Mai Pikiaq Pi: Kalau benar Anwar tak ada hubungan dengan Shamsidar... kenapa takut buat sidang akhbar? Kalau masih menyepi itu tandanya memang ada hubungan yang terjalin antara mereka...

No comments:

Post a Comment