Imam Masjidil Haram, Sheikh Khaled Ali Al-Ablaji Al-Qhamidi memuji usaha pucuk pimpinan Umno memasukkan perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai definisi perkataan Islam dalam perlembagaan bagi mengelak penularan ajaran sesat di negara ini.
Menurutnya, tindakan tersebut amat bermakna dalam Islam yang secara tidak langsung menunjukkan satu hidayah ALLAH kepada barisan pemimpin Umno dan negara umumnya.
"Saya memuji tindakan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak,Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden yang mengangkat pegangan ini dalam negara.
"Secara tidak langsung usaha tersebut akan memberi kesan sangat baik kepada masyarakat termasuk menyelamatkan negara daripada ajaran dan egenda yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2013, di PWTC.
Beliau berharap usaha dilakukan Malaysia itu dapat memberi kesan kepada perlaksanaan sama kepada negara lain.
No comments:
Post a Comment