Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

Hasil Kedah Meningkat Lebih 20 Peratus – MB

Kedah mencatat peningkatan dalam jumlah kutipan hasil negeri sebanyak 22.5 peratus berbanding tahun 2012, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata peningkatan itu adalah hasil daripada penambahbaikan serta penguatkuasaan proses yang membolehkan kutipan meningkat kepada lebih RM512 juta pada 2013 berbanding lebih RM418 juta pada 2012.
“Kewangan negeri juga mengalami lebihan bajet iaitu lebihan antara hasil dan perbelanjaan mengurus sebanyak lebih RM52 juta bagi 2013.
mukhriz-mb-kedah-mula-kerja-dewan-exco-cina-mca
“Perbelanjaan mengurus bagi tahun tersebut berjumlah lebih RM459 juta,”  katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata pencapaian itu membuktikan bahawa sepanjang tempoh tujuh bulan mentadbir Kedah, pihaknya memberi tumpuan kepada usaha memastikan kutipan hasil dibuat secara efisien dan cekap.
Sementara itu katanya, jumlah pelaburan di negeri ini bagi Januari hingga September 2013 pula ialah sebanyak RM2.249 bilion yang menyumbang 6.4 peratus daripada jumlah pelaburan negara.
Beliau berkata jumlah pelaburan bagi Kedah pada 2012 adalah RM589 juta dan berada di kedudukan ke-10 dalam negara, namun kini berada pada kedudukan ketujuh.
“Untuk makluman, Johor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dengan pelaburan RM10.6 bilion,” katanya.

No comments:

Post a Comment