Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

KPDNKK tidak bertolak ansur

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembekal dan peniaga peralatan sekolah yang menaikkan harga barangan tersebut.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para peniaga perlu ingat bahawa harga barangan tersebut dikawal oleh kementerian.
Beliau meningatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan tetapi mengambil kira bebanan ibu bapa yang perlu membuat pelbagai pembayaran pada setiap musim persekolahan bermula.
Ahmad Bashah bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada murid Pra Sekolah dan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Mergong di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment