Nuffnang Ads

Tuesday, 31 December 2013

Ghairah Main Wayang Politik Punca Kemelut Tanpa Kesudahan Pembangkang

Tindakan beberapa wakil rakyat yang meninggalkan parti masing- masing selepas pilihan raya umum ke 13 adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan pakatan pembangkang dalam hala tuju mereka untuk membantu rakyat Sabah.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Datuk Awang Kadim Tang menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan tiadanya keyakinan wakil rakyat terbabit terhadap kepimpinan mereka untuk membela nasib rakyat.
lajim_bumburing_jualan_murah_anwar_beli_sabah
“Seperti yang dinyatakan wakil rakyat terbabit, tindakan mereka itu adalah untuk memastikan rakyat terus mendapat pembelaan, bukan hanya dibuai dengan pelbagai janji seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin mereka.
“Bukan setakat wakil rakyat, lebih ramai penyokong mereka yang akan menyokong Barisan Nasional, suasana politik di Sabah adalah berbeza dengan suasana politik di Semenanjung.
“Disebabkan ramai penyokong pembangkang di sini tidak menyertai mana-mana parti, sudah pasti jumlah mereka yang beralih sokongan tidak diketahui tetapi yang pasti mereka kini sudah menyokong Barisan Nasional,” katanya
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini politik di Sabah berikutan terdapatnya laporan yang menyatakan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat dan pemimpin parti tempatan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat.
Awang Kadim berkata, antara punca menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati di adalah berpunca daripada sikap pemimpin pusat pembangkang yang hanya mempergunakan rakyat Sabah untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum yang lalu.
” Sebelum pilihan raya lalu, ramai pemimpin mereka datang ke Sabah menabur pelbagai janji untuk dapat sokongan, tapi kini selepas pilihan raya, Sabah bagai sudah dilupakan oleh mereka apabila apa yang dihatap tidak menjadi,” katanya.
Menurutnya, bukanlah suatu yang mengejut jika lebih ramai pemimpin serta penyokong pembangkang yang akan meninggalkan parti masing- masing kerana menyedari telah dipergunakan dan yakin hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membawa perubahan untuk rakyat Sabah.

No comments:

Post a Comment