Nuffnang Ads

Tuesday, 31 December 2013

300 penguatkuasa DBKL bertugas di Dataran Merdeka

Seramai 300 pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah bertugas di sekitar Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014 malam ini di samping menghadapi kemungkinan perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosial Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz ketika dihubungi Bernama berkata, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, pihaknya telah bersiap sedia untuk mengawal situasi di kawasan berkenaan.

"Sambutan ambang Tahun Baharu akan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan, namun kita akan bekerjasama dengan pihak polis bagi menjamin tahap keselamatan orang awam di kawasan itu," katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan mengetatkan kawalan di bangunan DBKL yang terletak berhampiran Dataran Merdeka supaya tidak berlaku sebarang pencerobohan.

Beliau meminta orang awam supaya tidak terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang.

Tinjauan Bernama mendapati anggota penguatkuasa DBKL berada di dataran itu seawal 8 pagi. 

No comments:

Post a Comment