Nuffnang Ads

Tuesday, 31 December 2013

Di Mana Rumah Kos Rendah…? Yang Nampak Hanya Mercedes Benz S300L

Dalam keadaan rakyat di Pulau Pinang mencari-cari di mana lokasi dan jumlah rumah kos rendah yang dibina kerajaan DAP Pulau Pinang di samping tertanya-tanya kenapa surjac air naik 100 peratus serta penghapusan kutipan tol di negeri itu seperti dijanjikan dalam pilihan raya tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli kereta  Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasminya adalah bukti bahawa pemimpin pembangkang hanya pandai bercakap untuk mencari kesalahan orang lain.
Exco Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata apa yang berlaku itu menunjukkan sikap kepura-puraan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kononnya membela nasib rakyat tetapi bermewah untuk diri sendiri.
“Mana janjinya untuk membela rakyat ketika mula dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, jika dahulu Guan Eng ketika baru dilantik banyak bercakap mengenai kesalahan kepimpinan kerajaan terdahulu, tetapi sekarang apa sudah berlaku.
“Itulah, pembangkang hanya pandai bercakap sahaja tetapi apabila terkena pada diri sendiri mereka mendiamkan dan memberi pelbagai alasan untuk menutup kesilapan mereka termasuk menuding jari kepada pihak lain,” katanya di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri membeli kereta mewah Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi mengantikan kereta rasmi Toyota Camry sebelum ini yang baru berusia 2 bulan.
Norliza juga turut mempersolakan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (C.A.T) yang diperkenalkan oleh kepimpinan Guan Eng ketika mula mentadbir Pulau Pinang selepas memenangi pilihan raya umum 2008 lalu.
“Selepas menang pilihan raya 2008 lalu, macam-macam ingin dilakukan untuk membela rakyat, tetapi selepas berjaya mempertahankan Pulau Pinang untuk kali kedua, nampaknya belang mereka sudah terserlah.
“Apa yang dikatakan dahulu hanyalah sekadar omongan kosong untuk mendapatkan sokongan rakyat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang malah di Selangor yang diperintah pembangkang apabila menaikkan gaji wakil rakyat,” katanya.
Menurutnya, kepimpinan pembangkang ini boleh diibaratkan sebagai `cakap tak serupa bikin” yang hanya pandai bercakap untuk mengaburi mata rakyat untuk kepentingan mereka.
ketua-menteri-dap-lim-guan-eng-ubah-camry-mercedes

No comments:

Post a Comment