Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

11 langkah jimat hanya permulaan

Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa lagi langkah penjimatan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan sektor awam, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa.

Beliau berkata, 11 langkah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, hanyalah langkah permulaan daripada kerajaan.

“Kita masih mengkaji perkara-perkara lain yang boleh diguna pakai ke arah usaha (penjimatan) itu. Langkah  penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.

“Kajian ini sentiasa berterusan, jika telah dimuktamadkan perdana menteri akan umumkan,” katanya semalam.

Selasa lalu, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam  sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat pada tahun ini.

Antara langkah tersebut ialah, pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan serta pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam Gred Jusa C ke bawah.

Antara lain termasuk,  pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred Jusa C ke atas).

Menurut Ali Hamsa, pekeliling telah dikeluarkan semalam oleh Kementerian Kewangan dan kementerian itu akan memantau perlaksanaannya.

“Berhubung penjimatan utiliti, kita telah tetapkan indeks pencapaian utama (KPI) kepada semua kementerian bermula hari ini (semalam),” katanya.

Ketika ditanya berapakah kos yang dapat dikurangkan hasil daripada penjimatan itu.

Beliau berkata, angka sebenar masih belum diketahui kerana masih lagi dalam kajian.

No comments:

Post a Comment