Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

Mukhriz Nafi Kerajaan Kedah Beli Kereta Baharu



Kedah menafikan laporan sebuah blog pro-pakatan pembangkang yang mendakwa kerajaan negeri membeli sebuah kereta baharu sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Mercedes Benz S300 yang digunakan beliau di Kuala Lumpur dibelinya dengan wang sendiri dua tahun lepas bagi mengurangkan kos kerajaan negeri.
“Tulisan dan lambang Menteri Besar Kedah pada nombor pendaftaran kenderaan itu bertujuan memudahkan saya memasuki pekarangan Istana Negara atau lain-lain urusan rasmi,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri perhimpunan bulanan staf Wisma Darul Aman hari ini.
Mukhriz berkata kerajaan negeri tidak membeli kenderaan baharu untuk kegunaan beliau atau anggota Exco selepas pilihan raya umum tahun lepas.
Beliau berkata Mercedes Benz S350 menggunakan nombor KCX 8 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi dibeli ketika Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar manakala Mercedes Benz S320 dengan nombor pendaftaran KBV 8 dibeli bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 2006.

No comments:

Post a Comment