Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

Isu Kalimah ALLAH: Pas Patut Buat Pendirian Rasmi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendesak kepimpinan Pas Selangor dan pusat supaya menyatakan pendirian rasmi mereka berhubung isu kalimah Allah dan tidak berdolak dalik dalam soal ini.
Menurut beliau, pendirian Pas berhubung isu ini dilihat tidak konsisten biarpun Dewan Ulama parti tersebut telah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju nama Allah digunakan oleh bukan Islam di negara ini.
“Dalam keadaan umat Islam yang dilanda kekeliruan hari ini, saya lihat Pas masih lagi berdolak dalik berhubung pendirian mereka tentang isu nama Allah ini, biarpun Dewan Ulama mereka sudahpun menyatakan pendirian rasmi.
“Bagi saya, Pas tak payahlah sibuk-sibuk untuk menjadi orang tengah dalam isu ini, sepertimana kenyataan yang keluar dari salah seorang pemimpin mereka. Jika Pas menjadi orang tengah sekalipun, apa keputusan yang mahu dicapai oleh mereka?
pas-dolak-dalih-alasan-dap-kalimah-allah-agama-quran-islam
“Sedangkan kepimpinan Pas  masih berselisih pendapat sesama sendiri tentang isu ini, bagaimana pula mereka mahu menjadi orang tengah untuk  menyelesaikan masalah ini? Selesaikan perselisihan dalaman berhubung perbezaan pendapat antara mereka dulu, sebelum mahu menjadi orang tengah dalam isu ini,” tegasnya di sini hari ini.
Begitu juga dalam isu serbuan JAIS di mana sehingga ke hari ini Pas Selangor sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu serbuan tersebut, kata Puad lagi.
“Apa yang saya lihat, dalam keadaan umat Islam sedang bergelut dengan tekanan serta desakan dengan isu yang mencabar umat Islam seperti ini, Pas masih lagi mahu mementingkan keuntungan politik mereka untuk membuat sebarang keputusan dalam isu penting seperti ini,” jelasnya.
Tambahnya lagi,  Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya memberikan sokongan kepada JAIS dan berusaha untuk memperkasakan institusi agama negeri itu dalam usaha mempertingkatkan dakwah Islamiyah di negeri tersebut.
“Dalam isu ini, Pas sepatutnya akur dengan keputusan Sultan, sebagai ketua agama negeri dan memberikan sokongan terhadap JAIS dalam apa juga keputusan dan tindakan jabatan agama tersebut.
“Tetapi nampaknya nampaknya Pas lebih suka bermain tarik tali dalam isu ini. Semua ini berlaku kerana bagi saya, Pas lebih mementingkan keuntungan politik mereka daripada kepentingan Islam dan ummah di negara ini,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment