Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

Tiada Sebab Pihak Mahu Guling Kerajaan – Ahmad Maslan

Tidak ada sebab pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan berikutan peningkatan kos sara hidup rakyat kerana kepimpinan negara sentiasa berusaha menanganinya dengan formula terbaik.
ahmad-maslan-menteri-kewangan-penerangan-umno-bn-malaysia
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pelbagai program bagi meringankan beban rakyat kerana ia adalah satu amanah.
“Tidak ada sebab pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan sedangkan kerajaan BN berusaha untuk memberi pelbagai bantuan kepada rakyat dengan menyediakan peruntukan dan subsidi bernilai berbilion ringgit,” katanya selepas memberi taklimat isu semasa kepada pelbagai pemimpin masyarakat di kawasan Parlimen Bagan Datoh hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercita-cita tinggi untuk membantu meringankan beban rakyat.
Jelanya lagu Najib akan meneruskan 10 pakej bantuan kepada rakyat bagi mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat meskipun pemimpin negara itu menerima pelbagai tohmahan, terutama daripada pihak pembangkang.
Beliau berkata kerajaan memiliki kemampuan kewangan bagi melaksanakan semua program yang memerlukan peruntukan tinggi untuk rakyat sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka.
10 pakej itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, subsidi kesihatan, dana perniagaan kepada usahawan serta bantuan kepada nelayan dan pesawah.

No comments:

Post a Comment