Nuffnang Ads

Tuesday, 31 December 2013

Harga barang basah, kering patuhi harga siling

Harga barang basah dan kering seperti daging ayam, lembu, cili merah, kacang bendi dan telur ayam di beberapa negeri kebanyakannya mematuhi harga siling yang ditetapkan Lembaga Pemasaran Persekutuan (Fama).
    
Analisis Bernama berdasarkan perangkaan dalam portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), menunjukkan pematuhan harga siling yang ditetapkan Fama, walaupun ada segelintir yang meletakkan harga melebihi sedikit daripada harga siling untuk beberapa barangan.
    
Menurut portal itu, di ibu negara harga ayam dijual antara RM6.50 hingga RM7.70 sekilogram berbanding harga siling yang ditetapkan Fama RM7.50 sekilogram.    
    
Portal itu mencatatkan harga daging lembu di ibu negara dijual antara RM26 hingga RM28 sekilogram berbanding harga siling RM26 sekilogram manakala cili merah dijual antara RM6 hingga RM11.90 sekilogram berbanding harga siling RM10 sekilogram.
    
Dalam pada itu kacang bendi dijual antara RM5.50 hingga RM8.90 sekilogram berbanding harga siling RM8 sekilogram manakala telur ayam dijual antara 35 sen hingga 40 sen sebiji berbanding harga siling 39 sen sebiji.  
    
Di Pulau Pinang, harga ayam dijual antara RM6 hingga RM8.50 sekilogram berbanding harga siling RM8 sekilogram manakala daging lembu dijual dengan harga RM26 sekilogram seperti harga siling.
    
Selain itu, cili merah dijual pada harga RM8 hingga RM9 berbanding harga siling RM8.50 manakala kacang bendi dijual pada harga RM5 hingga RM6 sekilogram berbanding harga siling RM6.50 sekilogram dan telur ayam dijual pada harga 30 sen hingga 35 sen sebiji berbanding harga siling 34 sen sebiji.
    
Di Selangor, ayam dijual antara RM6 hingga RM8.50 sekilogram berbanding harga siling RM8 sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga RM26 hingga RM28 sekilogram berbanding harga siling RM26 sekilogram.
    
Menurut portal itu, harga cili merah dijual pada RM8 hingga RM11 sekilogram berbanding harga siling RM10 sekilogram, kacang bendi dijual pada harga RM3 hingga RM8 sekilogram berbanding harga siling RM6 sekilogram dan telur ayam dijual antara 36 sen hingga 43 sen sebiji berbanding harga siling 41 sen sebiji.
    
Di Sabah, ayam dijual pada harga RM8.80 sekilogram berbanding harga siling RM9.60 sekilogram manakala daging lembu dijual pada harga RM18 sekilogram seperti harga siling.
    
Selain itu, harga cili merah dijual antara RM10 hingga RM12 sekilogram berbanding harga siling RM14 sekilogram, kacang bendi dijual pada RM4.70 hingga RM7 sekilogram berbanding harga siling RM5 sekilogram dan telur ayam dijual antara 36 sen hingga 40 sen sebiji berbanding harga siling 40 sen sebiji.
    
Di Sarawak, ayam dijual dengan harga RM8.50 sekilogram berbanding harga siling RM10 sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga RM35 sekilogram seperti harga siling.
    
Menurut portal itu, harga cili merah dijual antara RM12 hingga RM16 sekilogram berbanding harga siling RM12 sekilogram, manakala kacang bendi dijual antara RM6 hingga RM9.50 sekilogram berbanding harga siling RM9 dan telur ayam dijual antara 34 sen hingga 38 sen sebiji berbanding harga siling 36 sen sebiji. 

No comments:

Post a Comment