Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

ADAKAN KONGRES MELAYU-ISLAM

Undang-undang berkaitan isu sensitif perlu diperketatkan untuk memberi pengajaran setimpal terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahannya.

Presiden Pertubuhan Setiakawan Ummah Malaysia (Setiakawan Malaysia), Datuk Mat Nanyan Saad berkata, jika undang-undang sedia ada belum mencukupi, kerajaan perlu mempercepatkan proses pindaan atau tambahan demi mempertahankan kewibawaan agama, bangsa dan negara serta amanah seluruh rakyat.

Beliau berkata, kekerasan kadang-kadang perlu dilaksanakan mengikut tempat kerana masih wujud segelintir individu yang tidak tahu menghormati sensitiviti orang lain.

“Mereka bukan sahaja mempermainkan agama Islam tetapi menghina kerajaan dipimpin orang Islam dan turut mencemar ketetapan undang-undang serta keputusan mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, Mat Nanyan mencadangkan kongres Melayu-Islam diadakan secepat mungkin bagi membincang dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada kerajaan dalam membantu menyelesaikan segala isu berkaitan.

“Saya syorkan Majlis Perundingan Melayu (MPM) atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur menganjurkan perjumpaan dengan penglibatan ramai wakil lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment