Nuffnang Ads

Tuesday, 31 December 2013

SPA jangka 100,000 kekosongan jawatan tahun ini

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi pada tahun ini.

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata kekosongan jawatan itu melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

"Kebanyakan kekosongan di peringkat kumpulan sokongan memandangkan lebih 70 peratus jawatan dalam perkhidmatan awam ketika ini diisi kumpulan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mahmood berkata SPA akan sentiasa memastikan calon-calon yang dilantik dalam perkhidmatan awam bukan sahaja memiliki kelulusan, kelayakan dan kebolehan, tetapi juga mempunyai kualiti teras antaranya cepat dan tepat, serta produktif, kreatif dan inovatif.

Sehubungan itu calon-calon yang berminat menyertai perkhidmatan awam dipelawa menyertai seminar dan kursus Tip Panduan bagi Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan di seluruh negara bermula esok, kata beliau.

"Sebab itu fokus kita pada tahun ini untuk menjelaskan kepada orang ramai cara nak mohon kerja, apa (ciri-ciri) yang kita cari. Jadi bagi orang ramai, kalau ada nilai yang kita cari ini dijemput hadir.

"Jadi kalau dia tidak dapat (kerja dalam perkhidmatan awam) pun kita harap dia puas hati kenapa dia gagal dan dia boleh cuba lagi," kata Mahmood.

Sementara itu Mahmood berkata sepanjang tahun lepas 60,059 lantikan dibuat SPA melibatkan 38,659 pelantikan tetap dan selebihnya kontrak.

Ia melibatkan 45,392 calon lantikan Melayu, 2,901 Cina, 2,018 India dan selebihnya bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain.

"SPA menerima 2.1 juta permohonan untuk menyertai perkhidmatan awam pada tahun lepas," katanya. 

No comments:

Post a Comment