Nuffnang Ads

Tuesday, 31 December 2013

Tekanan pembangkang tidak beri kesan

Tindakan pembangkang untuk memberi tekanan kepada kerajaan termasuk turun ke jalanan berhubung isu kenaikan kos sara hidup hanya merumitkan keadaan dan tidak memberikan sebarang kesan.

Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Alwi Che Ahmad sifatkan perbuatan tersebut tidak langsung membantu dan sengaja mengajak rakyat menentang kerajaan.

Menurutnya, keadaan tidak akan berubah dengan tekanan tersebut kerana kerajaan sentiasa berusaha membela nasib rakyat dan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penjimatan.

“Pembangkang sibuk membuat protes jalanan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu membanteras pelbagai elemen serta unsur yang menyebabkan harga naik.

“Kos sara hidup memang akan meningkat dan kita tidak boleh elak kerana ia dianggap fenomena dunia, barangan yang kita beli harganya bergantung kepada orang yang menjual, jangan fikir kerajaan sahaja yang salah kerana banyak faktor yang mempengaruhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Pakatan Rakyat (PR) akan melakukan jelajah di seluruh negara bagi beri penerangan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta isu berbangkit untuk menaikkan momentum rakyat bagi respons kepada kerajaan.

Alwi turut menasihatkan orang ramai agar lebih relevan dan tidak terus menyalahkan kerajaan kerana mereka sedang  berusaha untuk mengawal keadaan ini.

Katanya, untuk tangani isu tersebut jawatankuasa khas bagi menangani hal tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan bukti kerajaan serius untuk bantu rakyat.

“Pembangkang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tiada tindakan lebih proaktif selain mahu beri tekanan, jika kita lihat kenaikan gaji berlipat kali ganda di Selangor juga dilihat tidak relevan pada masa rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup. Sedangkan banyak perkara kerajaan buat untuk bela dan bantu golongan berpendapatan rendah,” katanya.

No comments:

Post a Comment