Nuffnang Ads

Tuesday, 31 December 2013

Kenaikan Melampau Di Selangor: Pembangkang Usah Main Politik Sebelah Mata

Di mana slogan Negara Berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh pihak pakatan pembangkang selama ini? Lihat sahaja kenaikan mendadak gaji Menteri Besar, EXCO, Speker DUN, ADUN-ADUN Selangor, adakah ini lambang atau pelaksanaan kempen Negara Berkebajikan yang dilaung-laung mereka selama ini?
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Shah Alam, Mimi Harianie Alias berkata bukan setakat kenaikan mendadak gaji pemimpin-pemimpin kerajaan negeri, kenaikan caj lesen perniagaan yang dinaikkan sebanyak 400 peratus baru-baru ini, kenaikan cukai pintu melebihi 100 peratus serta tindakan kerajaan negeri mengenakan caj pemajuan sebanyak 30 peratus untuk setiap bangunan baru siap di negeri tersebut – termasuk bangunan perniagaan.
kenaikan-gaji-ub-mb-selangor-khalid-peratus
“Adakah kenaikan-kenaikan yang berlaku di Selangor ini tidak mengundang kepada kenaikan harga barangan lain, jadi jangan hanya menuding jari menyalahkan kerajaan Persekutuan di atas kenaikan harga barang yang berlaku sekarang ini, kerana kenaikan-kenaikan yang disebutkan tadi juga antara penyumbang kepada kenaikan kos barangan di pasaran sekarang.
“Sehubungan dengan itu, kerajaan pakatan harus memadamkan slogan Negeri Berkebajikan dalam perjuangan politik mereka kerana apa yang berlaku ini tidak membantu langsung, untuk membantu sama meningkatkan taraf ekonomi rakyat Selangor itu sendiri sendiri,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Dalam masa yang sama, AJK UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah menyifatkan tindakan menuding jari kepada kerajaan BN terhadap kenaikan barang sejak akhir-akhir ini sebenarnya menutup kenaikan-kenaikan di negeri Selangor.
“Mereka mengajak rakyat berguling-guling di Dataran Merdeka untuk menyalahkan kenaikan harga barang tetapi mendiamkan diri seribu bahasa apabila terkena pada batang hidung sendiri.
“Hasutan dan politik kebencian ciptakan pakatan telah membutakan hati dan fikiran penyokong-penyokong mereka ibarat ‘kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata pun tidak nampak,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment