Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

Harga ais kiub berbeza di beberapa kawasan

Harga ais kiub di kedai-kedai di daerah ini berbeza, dengan setengah pembekal mula menaikkan harganya, sementara sebahagian pula masih mengekalkan harganya.

Tinjauan mendapati ais kiub dijual dengan harga RM2.50 bagi satu beg plastik di kawasan bandar ini, tetapi di kampung-kampung, ia dijual dengan harga RM3.

Pengusaha kedai makan, Jasnira Mat berkata, dia masih menerima bekalan ais dengan harga yang sama, sekalipun terdapat ura-ura mengatakan harganya dinaikkan. Justeru, tidak timbul soal kenaikan harga minuman.

“Saya masih jual minuman dengan harga yang sama. Kalau harga ais naik sekalipun, saya tidak rasa akan menaikkan harga memandangkan harga minuman dan makanan antara faktor yang menarik pelanggan ke kedai.

“Lagipun kedai ini terletak di kawasan kampung. Saya kena fikir panjang soal kenaikan harga kerana ia mampu memberi impak kepada perniagaan,” katanya yang mengusahakan kedai makan di Jalan Lama Kemuning-Machang di sini, semalam.

Peniaga kedai runcit, Rozi Salleh berkata, dia yang terpaksa menaikkan harga ais kuib dari RM3 kepada RM3.50 sejak sebulan lalu.

Katanya, sebelum ini, dia mendapat bekalan ais dengan harga RM2.50 bagi satu plastik namun harganya naik 50 sen sejak sebulan lalu.

“Keuntungan masih sama jika pelanggan membeli di kedai saya di Labok, namun jika saya menghantarnya kepada pelanggan-pelanggan tetap di kampung-kampung berdekatan, keuntungannya berkurangan.

“Bagi satu plastik, saya hanya mampu mendapat keuntungan antara 10 dan 20 sen. Mujurlah pelanggan tidak banyak merungut kerana mereka faham,” katanya.

No comments:

Post a Comment