Semua anggota Wanita UMNO di 20,000 cawangannya sedia untuk digerakkan bagi membantu mangsa banjir jika gelombang kedua melanda, kata Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Katanya anggota Skuad Sayang yang turun padang sejak banjir melanda awal bulan ini juga masih berada di akar umbi dan menghulurkan pelbagai bantuan yang diperlukan oleh mangsa.
Wanita UMNO turut meminta rakyat Malaysia yang prihatin untuk memberi sumbangan baik dari segi kewangan mahupun barangan seperti tilam dan peralatan persekolahan, katanya kepada media selepas bergotong-royong membersihkan kediaman penduduk di Kampung Alor Ladang di sini Khamis.
Katanya bantuan itu boleh diserahkan kepada mana-mana pejabat Wanita UMNO.
Program gotong-royong itu disertai oleh 50 sukarelawan Skuad Sayang dan Yayasan 1Malaysia Development Berhad.
No comments:
Post a Comment