Nuffnang Ads

Friday, 20 December 2013

Kerajaan Tumpu Tiga Asas Sebagai Landasan Capai Negara Berpendapatan Tinggi

Pendidikan, kemahiran dan perniagaan merupakan tiga asas yang disediakan oleh kerajaan untuk menaikkan taraf hidup rakyat, terutama dalam merealisasikan negara berpendapatan tinggi.
kuala_lumpur_malaysia_maju_ekonomi
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan bukan sahaja menyediakan prasarana tetapi juga peruntukan dana yang besar dalam tiga bidang tersebut untuk direbut oleh rakyat.
Contohnya, sejumlah RM1.4 bilion diperuntukkan menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan Skim Usahawan Pasar Malam bagi membantu rakyat menjadi usahawan, katanya di sini hari ini.
Terdahulu beliau melancarkan buku bertajuk ‘Peribadi Dr M’ yang ditulis oleh Saat Sulaiman.
Saat, 39, juga merupakan usahawan kecil dalam pelbagai bidang termasuk inap desa dan restoran.

No comments:

Post a Comment