Nuffnang Ads

Friday, 20 December 2013

Konsep Demokrasi Cara DAP, Orang Lain Tiada Hak Buat Teguran

DAP hanya cakap berdegar-degar mengenai demokrasi tetapi di dalam parti mereka sendiri sebenar tidak wujud demokrasi sama sekali.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad berkata, jika ada ahli DAP yang lantang persoal mengenai ketelusan parti akan dilabelkan sebagai pengkhianat, ada yang lebih teruk apabila mereka turut dikecam menjadi  agen UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan apabila laporan dibuat oleh ahli DAP sendiri bahawa wujud penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan CEC, ROS turut menjadi mangsa apabila dikatakan juga sebagai agen penguatkuasa UMNO dan BN.
“Jadi, di mana sebenarnya ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan yang dilaung-laungkan oleh DAP selama ini. Mereka pandai menuduh UMNO dan BN sebagai parti yang tidak demokrasi sebaliknya dalam diri parti mereka sendiri penuh dengan penipuan, penyelewengan dan berat-sebelah dalam kepimpinan mereka.
demokrasi-cara-diskriminasi-rasis-sempit-parti-dap-tiada-suara
“Terbukti bahawa DAP bukanlah parti ‘cakap serupa bikin’ khususnya apabila berdepan dengan konflik dan masalah dalaman yang membabitkan anggota mereka sendiri lantaran penafian hak atas macam-macam alasan yang tidak wujud,” ujarnya.
Tambahnya, DAP hanya pandai membuat tuduhan kepada UMNO dan BN kononnya tidak demokratik, tidak telus, tidak terbuka dan macam-macam lagi sedangkan apabila terkena kepada mereka sendiri macam-macam helah dilakukan untuk menyembunyikan apa yang berlaku.
“Jadi, nasihat untuk pemimpin-pemimpin DAP ini agar berhenti menyalak, melaungkan demokrasi kerana hakikatnya proses dan perjuangan demokrasi dah lama mati dalam kepimpinan DAP sebaliknya laungan demokrasi ini hanya sekadar permainan politik DAP atau topeng palsu untuk meraih undi rakyat dalam pilihanraya semata-mata,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment