Nuffnang Ads

Thursday, 26 December 2013

MALAYSIA BAKAL BANKRAP DALAM TEMPOH 9 TAHUN?

"Selvi, berapakah harga kentang ini?," tanya lelaki berusia 68 tahun itu.

"Dua ringgit lapan puluh sen pak cik," jawab peniaga itu.

Lelaki terbabit pelanggan tetap kedai runcit Ramu di pekan kecil, Slim Village, Perak.


"Dua ringgit tujuh puluh sen, tidak boleh ke? Kurang sepuluh sen sahaja," rayu lelaki itu lagi.

Saya perhatikan tubuh kecilnya, kurus tetapi masih bertenaga walaupun dia sekian lama 
membanting tulang untuk menyara ahli keluarganya.

"Alah pak cik, bukan mahal pun," balas R. Selvi sambil merenung wajah warga emas itu.

"Kurang sepuluh sen sahaja, bukannya banyak. Setiap hari saya datang ke sini membeli 
pelbagai barang keperluan," lelaki sama berhujah.

Selvi terdiam buat seketika.

"Pak cik punya fasal, bolehlah," ujar Selvi sambil tersenyum.

"Abah, duit adalah. Kita bayar sahaja," celah saya.

Dia tersenyum.

Begitulah feel arwah ayah saya tatkala masih hidup. Bukan dia tidak mempunyai wang tetapi
 gemar tawar-menawar, biarpun harga barang dibeli dikurangkan oleh peniaga sepuluh sen 
sekalipun, dia tetap berpuas hati.

Ayah meninggal dunia pada usia 70 tahun pada 7 Ogos 2010, 
10 sen amat bernilai kepada arwah. 

Tidak dapat saya gambarkan, jika ayah masih hidup, sebagai penduduk kampung, dia
 pasti terasa akan impak kenaikan harga barang keperluan harian seperti gula. Ayah 
gemar minum teh 'O' panas tetapi bukan meninggal akibat kencing manis. 

Bagi golongan berpendapatan tinggi, tinggal di banglo dan memiliki kenderaan mewah, 
10 sen barangkali tiada maknanya buat mereka. Pengurangan subsidi petrol dan tol juga
 tidak menjadi kudis. 

Saya perhatikan, kebelakangan ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering 
mengeluarkan kenyataan, jika harga tol dan tarif elektrik tidak dinaikkan, ekonomi Malaysia 
bakal tergugat. Manakala Makmal Rasionalisasi Subsidi menyebarkan informasi, negara ini 
bakal bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi,

Dakwaan itu tentunya menakutkan masyarakat Malaysia.

Jika benar, kerajaan secara berterusan harus berkongsi maklumat terperinci bersama rakyat
 marhaen. 

Fitrah manusia, mereka jarang membantah andai sesuatu isu itu difahami.

No comments:

Post a Comment