Nuffnang Ads

Wednesday, 18 December 2013

Sektor Animasi Mampu Jadi Pemangkin Pembangunan Ekonomi

Sektor animasi mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara kerana berpotensi menjana pendapatan lumayan menerusi industri kandungan kreatif.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pada masa ini, terdapat 97 syarikat animasi berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan mencatatkan nilai jualan tempatan sebanyak RM220.5 juta sehingga Dis 2012.
“Dalam suku ketiga tahun ini, ia mengeksport sebanyak RM72 juta…ini adalah satu petanda yang baik. Sehingga tahun lepas, syarikat-syarikat ini telah memberikan 2,113 peluang pekerjaan,” katanya menjawab soalan Datuk Boon Som Inong di persidangan Dewan Negara hari ini.
Boon Som bertanya mengenai bilangan syarikat tempatan yang terbabit dalam industri animasi, potensi perkembangan industri berkenaan serta langkah-langkah bagi meningkatkan penyertaan rakyat tempatan sebagai pelabur dan pekerja dalam industri berkenaan.
Ahmad Shabery berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai insentif untuk memastikan sektor animasi negara terus berkembang maju.
“Sekarang animasi akan digunakan dalam pendidikan. Misalnya dalam mendidik orang ramai berhubung banjir. Jadi, memajukan sektor animasi negara adalah satu daripada objektif kementerian,” katanya.

No comments:

Post a Comment