Nuffnang Ads

Thursday, 19 December 2013

Akhirnya Pembangkang Akui Dasar Populis Jerat Diri Sendiri

“Indah lengguk lagu dimadah, Mengatur langkah tari inang, Sudah terantuk baru terngadah, Tersungkur rebah dibenci orang,” adalah perumpaman yang paling sesuai untuk digambarkan kepada pemimpin pakatan DAP-PKR dan Pas di Selangor.
Ini berikutan  kenyataan Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim bahawa tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan pakatan pembangkang di negeri Selangor seperti air percuma.
khalid-ibrahim-lena-tidur-gagal-menteri-besar-selangor-pkr-pakatan-tv3
Ahli Dewan Undangan Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, dalam kata lain pendekatan populis pakatan pembangkang terutama dalam isu pemberian air percuma sudah menjerat diri mereka sendiri.
“Langkah yang membebankan kewangan kerajaan negeri telah merugikan rakyat. Peruntukan yang lebih besar terpaksa disediakan untuk tujuan ini.
“Akhirnya peruntukan pembangunan untuk rakyat terpaksa dikurangkan sebaliknya lebih kepada bajet pengurusan,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.
Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Mohammad Faizal Supar menasihatkan Kerajaan Negeri untuk ikuti pendekatan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
“Sekiranya masih ingin memberi subsidi dan menjadi populis, Kerajaan Negeri Selangor tidak mampu menampung perbelanjaan yang tinggi untuk pembangunan rakyat dan kemajuan Negeri Selangor itu sendiri.
“Pakatan DAP-PKR-Pas Selangor nampak, tapi masih berselindung membantu rakyat, hanya kerana kepentingan politik, bukannya benar-benar ikhlas dalam perjuangan untuk membantu rakyat,” ujarnya.
Terdahulu, Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim meminta Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka di negeri itu.
Beliau berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu mempunyai pandangan jauh tentang kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma.

No comments:

Post a Comment