Nuffnang Ads

Wednesday, 25 December 2013

Bagaimana Lee Kuan Yew mahu mati?



Dalam umurnya sekarang melebihi 90 tahun, Menteri Mentor Singapore Lee Kuan Yew(LKY) mengakui tidak lagi dapat mengelak diri dari memikirkan hari kematiannya. Ketika diinterbiu pada umur 89 tahun LKY berkata beliau tidak ada sebab boleh mengelak dari persoalan ini.

Dalam buku terbarunya One Man's View of The WORLD yang mungkin telah dibaca oleh ramai orang, pada bab "Personal Life",LKY yang tidak percaya kepada wujudnya tuhan dan alam akhirat menyatakan bahwa beliau seorang atheist yang tidak percaya kepada mana mana agama tetapi tidak menapikan dan tidak pula mengakui adanya Tuhan. Dia tidak percaya akan dapat menemui lagi isterinya. .

I do not laugh at people who believe in God. But I do not necessarily believe in God-nor deny that there could be one," katanya..

Isterinya yang telah meninggal dunia juga tidak percaya kepada agama. Seorang kawan yang cukup kuat berpegang kepada agama akhirnya berpisah dengan isterinya kerana setiap kali berjumpa cuba mengkristiankannya. Isterinya meanggap ini sebagai perbuatan bodoh.


Apa yang difikirkan oleh LKY dalam munggu saat kematiannya ialah apakah dia akan mati dengan pantas kerana serangan stroke atau stroke otak yang akan menyebabkannya terbaring lama di katil dalam keadaan setengah sedar.

Antara keduanya LKY memileh untuk mati dengan pantas. Beliau telah pun memberikan" Arahan Perubatan Terdahulu" ( Advance Medical Directive- AMD ) supaya sekiranya beliau terpaksa diberikan makan menerusi tube dan tidak mungkin akan puleh dan tidak boleh lagi bergerak, maka doktornya hendaklah melepaskannya pergi dengan segera ( mematikannya ).

Arahan ini telah ditandatangani oleh seorang peguamnya dan seorang doktor LKY menyatakan bahawa setiap hari yang dilaluinya sekarang dirasainya semakin meletihkan dan semakin kurang aktif. Apapun yang diusahakannya dan didisplinkan dirinya tetapi keadaannya tetap merosot.

Bagi LKY kepuasan hidupnya yang paling besar ialah dapat menggunakan masa bertahun tahun mengumpul sokongan, menjadikan Singapore meritoctratic, bebas dari rasuah dan kesaksamaan antara kaum.

No comments:

Post a Comment