Dr Rani kata dia akur perintah Sultan Selangor dalam isu kalimah Allah. Hari Krismas ini, dia pakai kopiah masuk gereja.
Dahulu PAS juga yang mengkafirkan sesiapa saja yang mereka mahu dan diperbesarkan kata ucap Krismas pun kafir.... Orang PAS juga kini sedang menyebarkan message bahawa ucap Krismas pun haram.
Padahal ucap Krismas atas niat keharmonian kaum dalam negara berbilang kaum hukumnya harum mengikut Majlis Fatwa. Lihat berikut dan cari website:
Tapi sekarang sampai ... Kristian sembahyang dalam gereja untuk perayaan Krismas pun nak ikut serta.
Mungkin itu yang Nik aziz hujah secara politik kata untuk dakwah. Baiklah berapa banyak Kristian masuk Islam hasil usaha PAS berbanding Melayu di kristiankan oleh gereja evangelis hasil usaha mubaligh yang dibiayai oleh penganut dan ahli korporat Cina berugama Kristian?
Malah evangelis Kristian berdegil mahu gun akalimah Allah untuk murtadkan orang Islam di Semenanjung. Jawa Bernam di SINI melaporkan ada gereja terus engkar perintah Sultan
PETANG tadi bertempat di Hotel Gold Coast, Bandar Di Raja Klang, Selangor telah diadakan satu forum yang menggabungkan tiga rumah ibadat agama Kristian iaitu Gereja Klang, Nilai dan Puchong.
Yang lebih mengejutkan adalah adanya perkataan kalimah Allah yang turut digunakan oleh penganjur majlis ini. Sedangkan sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama di Semenanjung Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dari segi penggunaan nama tuhan.
Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini.
Jadi, apa pula tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Mahkamah berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam acara anjuran Gereja Kristian ini??? Bukankah telah diputuskan bahawa kalimah Allah adalah hak mutlak penganut agama Islam???
**************
Tanya juga Rani apa hasil usahanya nak rapat dengan Kristian padahal dulu begitu extrim pandangan tentang ugama Kristian/ Tak lain sebab politik yang mana kini sanggup menafikan kewujudan usaha murtad gereja atas orang Islam hanya demi nak berkuasa.
No comments:
Post a Comment