Nuffnang Ads

Thursday, 19 December 2013

JANGAN HANYA BERANI DI BELAKANG

Ahli parlimen ultra kiasu nampaknya begitu sensitif dengan tulisan saya minggu lalu. Terus menyerang saya habis-habisan. Desak saya memohon maaf. Persoalan saya, kenapa gatal sangat menyerang saya tanpa usul periksa? Saya dituduh mengajar pembersihan etnik atau ethnic cleansing. Tuduhan ini amat berat.
Takkan saya tidak ada hak untuk membela diri? Kena pada orang lain tak apa, kena pada dia, tak boleh.
Ultra kiasu sungguh!
Sabar, sabar, sabar. Jika tidak boleh sabar, cari pasangan untuk mencurah masalah. Ultra kiasu menuduh saya tidak gentlemen, tidak boleh jadikan role model. Ada aku kisah!
Saya tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi saya tidak akan menyerang tanpa tentangan. Cuba saudara semua kaji serangan ultra kiasu terhadap saya selama ini daripada serangan saya kepada mereka.
ustaz-mohd-ridhuan-tee-dap-rasis-ultra-kiasu-cabar-islam-melayu-malaysia
Kenapa saya menjadi target? Tidakkah ahli parlimen banyak lagi kerja lain yang perlu diselesaikan. Nama pun wakil rakyat. Jagalah rakyat, terutama kebajikan mereka. Ini tidak, asyik jaga tepi kain orang. Kain sendiri bernajis, tidak pula dibersihkan.
Saya tidak perlu mendapat pujian atau penghormatan ultra kiasu. Saya kenal mereka. Mereka kafir harbi. Kafir harbi adalah musuh Islam. Perjuangan saya konsisten sejak dahulu. Sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat agama Islam atau menentang perlembagaan yang melindungi Islam dan umatnya, akan ditentang.
Saya yakin, keluarga saya, keturunan Tee, berbangga dengan apa yang saya perjuangkan, kerana saya memperjuangkan agenda negara, bukan agenda bangsa yang sempit.
Berbanding ultra kiasu, mendakwa mereka memperjuangkan semua kaum. Hakikatnya tidak. Bila mendapat kuasa, apa yang mereka mahu? Mahu lebih banyak sekolah Cina, Universiti Cina, industri Cina, Bandar Cina, dan semuanya Cina. Mana ada negara di dunia memberi semua ini kecuali di Malaysia?
Adakah ini wajar?
Cerminlah diri dahulu, di manakah kita berada? Kita berada di Malaysia, di kepulauan Melayu. Paling kurang hormatlah bangsa asal negara ini, hak dan sensitivitinya. Melayu sudah cukup bertoleransi dengan kita. Jangan biarkan mereka mengamuk.
Ramai orang bertanya kepada saya kenapa saya jadi begini? Lain, dari Cina yang lain. Jawapannya, saya dilahirkan keluarga yang sangat kecinaan di kampung hampir seratus-peratus Melayu. Melayu menerima Cina dengan baik walaupun bilangannya amat sedikit. Saya amat memahami Melayu.
Malangnya, saya diajar membenci Melayu sejak kecil. Melayu penipu, pengotor, dan macam-macam tuduhan lagi. Saya tidak nafikan ada betulnya. Ramai Melayu ketika itu tidak memberikan contoh yang baik. Sudah tentu yang baik mendapat pujian.
Sejak kecil, saya mencari jawapan, apakah benar orang Melayu dipersepsikan sedemikian? Kesempatan belajar agama Islam di sekolah rendah dan menengah telah mengubah persepsi tersebut. Bangsa Melayu dan agama Islam adalah dua isu berbeza.
Orang Melayu yang mengamalkan Islam adalah sebaik-baik Melayu. Saya memahami Melayu melalui Islam yang menjadi anutannya. Sebab itu, saya sangat sayangkan Melayu yang beramal dengan Islam. Akhirnya, saya memeluk Islam. Islam menjadi darah daging hingga ke akhir hayat ini.
Saya hanya akan berlembut dengan ultra kiasu, meskipun tidak memeluk Islam, hanya, jika mereka lembut atau menerima sistem Islam dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu. Umat Islam berhak mendapatkan haknya dalam negaranya sendiri.
Umat Islam yang menjadi minoriti tidak pernah diberikan hak mereka di negara yang diperintah majoriti bukan Islam. Lihatlah nasib umat Islam di Singapura, China dan India. Peliknya apabila bukan Islam berada dalam negara Islam, mereka mahukan semua hak mereka dipenuhi. Bukan Islam di Malaysia amat bernasib baik, kerana boleh dikatakan semua hak mereka telah diberi.
Malangnya, mereka tidak pernah merasa cukup. Sentiasa mahu lebih. Adakah ini wajar? Saya tidak kata, kerajaan hari ini telah sempurna. Saya akui, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Begitu juga dengan UMNO. Tetapi jangan mengambil kesempatan atas kelemahan umat Islam hari ini. Ultra kiasu bertindak seperti gergaji dua mata. Kiri kanan mereka lipat, dan sapu.
Rakan-rakan saya selalu menasihatkan, demi dakwah, janganlah berkeras dengan ultra kiasu. Perbuatan saya menjauhkan mereka dari Islam. Saya disarankan supaya membimbing mereka memahami Islam. Mudah-mudahan ultra kiasu memeluk Islam.
Saya akui, memang kerja kita sebagai dai’ (pendakwah) membawa mereka kepada Islam. Tetapi, hakikat sebenar tidak sedemikian. Semakin ultra kiasu memahami Islam, semakin kuat mereka lawan kita.
Contoh, setelah sekian lama PAS berkawan dengan mereka. Ultra kiasu semakin memahami Islam.
Masalahnya, semakin dia faham Islam, semakin mereka tidak cenderung kepada Islam, malah segala perkara berkaitan Islam ditentang. Sedangkan pada masa sama agama mereka juga menentang. Misalnya, isu LGBT, arak, judi dan sebagainya. Sehinggakan umat Islam tidak dapat melaksanakan haknya di bumi sendiri. Justeru, apa sebenar yang tinggal pada umat Islam jika perkara-perkara asas hidup beragama tidak dapat dilaksanakan. Bagaimana kita hendak menjawab kepada Allah SWT di akhirat nanti?
Apabila kita mengambil demokrasi sebagai satu sistem pemerintahan, mereka bertindak menuntut semaksima mungkin atas nama hak asasi manusia, sehingga menyebabkan maruah dan identiti agama Islam mulia itu tercemar.
Jadi, perlukah lagi kita terus bersangka baik dan berlembut?
Hari ini saya mengambil pendirian melawan mereka.
Ultra kiasu mengisytiharkan perang terhadap saya.
Saya ingin menyahut perisytiharan itu.
Mari kita berdebat! Baru boleh tahu saya ini gentlemen, boleh menjadi role model atau tidak?
Tetapi bukan di Dewan Perhimpunan Cina. Kita ada televisyen. Gunakan platform tersebut. Tajuknya, siapa lebih rasis? atau apa-apa tajuk berkaitan perpaduan nasional dan sebagainya. Saya bersedia bila-bila masa untuk berhadapan dengan ahli parlimen ultra kiasu tersebut.
Mai Pikiaq Pi: Jangan hanya berani di belakang.

No comments:

Post a Comment