Nuffnang Ads

Thursday, 19 December 2013

Muzakarah: Apakah Sekadar Wayang Penghias Muktamar Agung Pas?

Persoalan mengenai muzakarah antara Pas dan UMNO yang dilontarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar agung mereka yang lalu sehingga kini nampaknya terus menjadi satu misteri.
Biarpun disambut baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain diminta penjelasan lanjut berhubung skop muzakarah dimaksudkan itu, perkara tersebut sehingga ke hari ini belaum nampak langkah awalnya.
Mengulas mengenainya Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jeneri) YB Mahadzir Ab Hamid berharap agar perkara tersebut tidak dijadikan daya penarik pada muktamar Pas semata-mata.
Sebaliknya ujar beliau perkara mengenainya perlulah disusuli dengan gerak langkah yang sebaik mungkin kerana perkara berkenaan untuk kepentingan semua pihak selain ianya adalah tuntutan Islam.
“Perkara ini dilontarkan oeh Datuk Seri Abdul Hadi sendiri….Mereka kenalah benar-benar serius serta buktikannya dan bukan mengambil sikap berdiam diri sejurus muktamar mereka berakhir.
“Saya percaya ahli-ahli mereka pun ingin melihat benda baik ini menjadi realiti. Bukankah kita semua mahu bergerak ke depan dan bukannya bermain politik sepanjang masa. Kita pun bukannya mahu mempolemikkan soal ini,“ katanya di sini, hari ini.
Semalam Pendakwah Bebas Ustaz Toharudin Yaakob berharap isu muzakarah antara parti itu dengan UMNO yang dilontarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar agung mereka yang lalu tidak hanya sekadar seperti lagu raya.
Menurut beliau amat malang jika perkara baik dan seruan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w seolah-olah menjadi lagu raya yang berkumandang di corong-corong televisyen dan corong-corong radio pada bulan Ramadhan.
Mengulas lebih lanjut Mahadhir seterusnya menambah Pas tidak perlu khuatir dan tidak perlu takut untuk membuat sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan.
“Bukankah semua boleh lihat dan boleh tengok perkara ini dilontarkan oleh Presiden Pas sendiri. Buktikan dan bukan hanya sekadar bercakap semata-mata. Itu adalah lebih baik,“ katanya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar parti itu baru-baru ini menyatakan kesediaan mereka untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment