Lagu tanya sama Anwar menghiasi perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2013 apabila pembahas Pemuda UMNO Kedah, YB Mahadzir Abdul Hamid mendendangkan lagu tersebut.
Dengan nada yang hampir sama didendangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau secara bersahaja menyanyikan “Tanya Sama Anwar, Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Anwar 11 Cabang Dah Hilang’.
“Tuan-tuan dah lupakah dengan gubahan lagu itu sebelum ini…dia nyanyi tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang….Sabah hilang ka…? atau PKR yang hilang taring,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyokong usul terima kasih ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin, di Dewan Merdeka, di sini, hari ini.
Meneruskan ucapannya, beliau berkata UMNO adalah nadi dan jantung kepada guru, peniaga, kakitangan kerajaan, petani, kaum ibu dan bapa, nelayan dan semua lapisan masyarakat dan rakyat Malaysia.
“Kita perlu mendengar luahan rakyat bawahan, keluhan rakyat miskin dan membela mereka yang terpinggir. Selagi kita memahami, mendekati dan memenuhi aspirasi dan jiwa rakyat jelata, maka UMNO akan berada dalam landasan yg kukuh untuk menang..
“Kadang-kadang kita lihat seolah-olah terlalu susah sangat untuk dilakukan walaupun kuasa di tangan kita. Ni dok mai pulak masalah tariff elektrik yang akan dinaikkan hampir 15%. Apakah GLC yang kita sendiri tubuhkan, hari ini tidak lagi mencerna hasrat dan aspirasi rakyat?
“Bayangkan apa jadi dengan golongan kurang mampu, yang tinggal di luar bandar. Mereka ini menyumbang kepada kemenangan besar BN. Apakah ini harga perlu mereka bayar?.. kita tahu TNB sebuah syarikat yang berorientasikan keuntungan tetapi, jangan prinsip “people oriented” dilupakan,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment