Kenyataan tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan pakatan pembangkang di negeri Selangor seperti air percuma jelas menunjukkan selama ini segala janji yang ditaburkan adalah untuk gula-gulakan rakyat sebagaimana kenyataan populis mereka dalam mengaburi mata masyarakat terutamanya di Selangor.
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, jika kita kaji Manifesto 2008 pakatan pembangkang pada PRU12, begitu juga dengan Manifesto mereka pada PRU13, boleh dikatakan hampir 80 peratus janji-janji pakatan DAP-PKR-PAS tidak dikotakan kerana ianya adalah ‘Manifesto Populis’.
“Rakyat akhirnya yang jadi mangsa penipuan pemimpin-pemimpin pembangkang yang populis ini. Adakah kita lupa akan kenyataan populis Pakatan ini?
“Dahulu dengan bangga mereka mengatakan akan menjaga kebajikan rakyat, tapi jika kita kaji dan nilai semuanya, PPRT naik sewa, cukai pintu Selangor pun naik, kadar sewa tapak niaga PKNS pun naik, hakikatnya banyak lagi yang dikatakan dahulu tetapi tidak ditunaikan kerana sebenarnya ia hanya kenyataan Populis,” ujarnya yang juga Pengerusi Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tambahnya, jika sebelum ini mereka menyebut berkaitan pendidikan percuma namun bagaimana pula dengan Tadika PASTI yang diselia Pas dan mengapa tidak pula diberikan percuma?
“Begitu juga dengan mahasiwa yang belajar di Unisel dan mana-mana IPT di bawah kendalian kerajaan negeri, kenapa tidak diberikan pendidikan percuma sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sekiranya menang dalam PRU?
Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim membidas kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang dianggap tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka di negeri terbabit.
Beliau berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu mempunyai pandangan jauh tentang kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma.
No comments:
Post a Comment