Nuffnang Ads

Thursday 26 December 2013

UMNO Kelantan Mahu Perkasa Biro Penerangan Bahagian

Umno Kelantan akan memperkasakan jentera penerangannya di setiap bahagian dengan memberi fokus terhadap kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS membangunkan negeri itu dalam pelbagai aspek.
datuk-md-alwi-che-ahmad-umno-bn-kelantan
Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata PAS sering mencipta isu baharu atau menuding jari kepada kerajaan pusat, semata-mata mahu melindungi setiap kegagalan mereka.
“Kerajaan negeri hari ini (contohnya) gagal tangani isu sosial orang muda, mempertahan akidah umat Islam, membangun bersama Islam, beri peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Negeri Kelantan di sini hari ini.
Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas mendakwa rakyat Kelantan turut berdepan dengan kenaikan pelbagai caj perkhidmatan yang dilaksana kerajaan negeri.
Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan pusat menubuhkan satu jawatankuasa khas di peringkat kabinet bagi menangani kos sara hidup yang dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment