Nuffnang Ads

Thursday 26 December 2013

Umno, Pas masih relevan

Umno dan Pas masih lagi menjadi parti relevan bagi orang Melayu dan golongan Bumiputera di negara ini, berdasarkan kajian dijalankan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Profesor di Jabatan Komunikasi Korporat, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM, Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid Syed Abdullah Idid berkata, penemuan itu diperoleh menerusi kajian yang dijalankan sejak Mac 2012 hingga Julai lalu.

“Pada Mac 2012, sebanyak 73 peratus daripada 749 responden terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera masing-masing merasakan Umno dan Pas masih lagi relevan kepada mereka.

“Sepanjang tempoh kajian itu, jumlah peratusan mengalami turun naik, namun pada akhir kajian (Julai 2013), didapati Umno dan Pas masih relevan kepada orang Melayu berdasarkan jumlah peratusan yang diperoleh kedua-dua parti itu adalah sama, iaitu 80 peratus daripada 723 responden,” katanya kepada Sinar Harian.

Walaupun jumlah peratusan diperoleh kedua-dua parti Melayu itu tidak berbeza, bagaimanapun Syed Arabi Idid berkata, Umno tetap menjadi parti yang lebih dominan berbanding Pas.

“Ini kerana, jumlah peratusan yang mengatakan Umno masih relevan adalah lebih tinggi berbanding Pas, walaupun jumlah graf kadang kala menunjukkan penurunan,” katanya.

Menurutnya, dalam kajian yang dilakukan terhadap orang awam meliputi pelbagai lapisan masyarakat, ia lebih memihak kepada Umno memandangkan graf terhadap parti itu lebih tinggi dan konsisten, berbanding Pas.

No comments:

Post a Comment