Nuffnang Ads

Thursday 30 January 2014

40 NGO Sokong Usaha Najib Tangani Pelbagai Isu Semasa

Sejumlah 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum Melayu dan Islam menyatakan sokongan dan kerjasama padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangani pelbagai isu semasa.
Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Dr Asyraf Wajidi Dusuki berkata NGO juga akan berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan maklumat sebenar berkaitan tindakan kerajaan mengurangkan bebanan rakyat.
Beliau berkata antara isu utama yang dibincang dalam pertemuan antara NGO dengan Perdana Menteri hari ini ialah kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup, kalimah Allah dan pendirian kerajaan.
“Kita sebagai pemimpin NGO amat berpuas hati dan bersetuju membuat pertemuan sebegini secara berskala,” katanya selepas bertemu Najib di pejabat Perdana Menteri bersama-sama pemimpin NGO lain, yang berlangsung selama 40 minit.
Menyentuh isu kalimah Allah, Dr Asyraf Wajidi berkata Najib meminta semua pihak bertenang dan mencari penyelesaian terbaik.
“Najib minta kita (NGO) bertenang, rakyat perlu pertahankan kestabilan, keharmonian dan perpaduan sedia ada, sebab isu ini kadangkala dimainkan pihak tertentu yang kemaruk kuasa serta mengambil kesempatan daripada perpecahan umat Islam,” katanya.
Beliau juga berkata pelbagai usaha kerajaan membela nasib rakyat selama ini dipesongkan pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan sendiri.

No comments:

Post a Comment