Nuffnang Ads

Tuesday 28 January 2014

Pembangkang jangan tunjuk hero

“Jangan tunjuk hero,” demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada pembangkang supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri ini, lebih-lebih lagi membabitkan isu penjagaan alam sekitar.

Menurut beliau, tiada guna mereka berbuat demikian kerana sikap sebegitu hanya akan menyusah dan merugikan rakyat.

“Kita sudah membuat keputusan, negeri ini akan gunakan teknologi baru untuk uruskan sisa pepejal. Sebab itu kita tutup tapak pelupusan sedia ada untuk dijadikan taman solar dan melengkapkan lokasi baru di Tanah Merah, Port Dickson dengan peralatan canggih seperti insinerator.

“Kita sama sekali tidak akan guna cara konvensional selepas ini kerana kaedah berkenaan hanya mendatangkan musibah kepada orang ramai. Kerajaan negeri tiada masa untuk berunding atau memujuk mereka dalam hal ini,” katanya.

Tambahnya, jika pembangkang masih berdegil mahu guna cara lama, maka beliau mencabar mereka untuk bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah.

“Kita minta mereka menandatangani perjanjian khas bagi menyatakan persetujuan untuk memikul dan menyelesaikan segala masalah yang timbul akibat penggunaan kaedah konvensional untuk menguruskan sisa pepejal.

“Kalau tidak berani, jangan pula memandai-mandai hendak mencabar kerajaan dan berlagak macam jaguh yang cuba membela masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Taman Tenaga Boleh Diperbaharui (Solar) Cypark Resources Berhad di Kuala Sawah, Rantau, dekat sini, semalam.

No comments:

Post a Comment