Nuffnang Ads

Thursday 16 January 2014

UMNO Ambil Tindakan Ahli Tumbuk Timbalan Menteri

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa UMNO memandang serius terhadap tindakan ahlinya iaitu Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi yang telah menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.
ahli-umno-tumbuk-timbalan-menteri-kamalanathan
“Kepimpinan tertinggi UMNO berasa kesal terhadap insiden tersebut dan menganggapnya sebagai tidak sewajarnya berlaku.”
Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa Ibu Pejabat UMNO akan mengambil tindakan terhadap beliau dan telah mengajukan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab sebelum tindakan diambil.
“UMNO juga menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit.
“Dalam apa-apa hal pun, pendirian UMNO tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada pertelingkahan atau bentuk kekasaran yang tentunya hanya akan mengundang keadaan lebih buruk,” tegas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment