Nuffnang Ads

Thursday 16 January 2014

Tutup Giat Mara: PKR Khianati Perjuangan Orang Melayu

Seorang ahli akademik, Prof. Madya Dr. Shamsul Adabi Mamat menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat menutup pusat latihan Giat Mara sebagai satu tindakan yang seumpama mengkhianati perjuangan bangsa Melayu di negara ini.
exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam3
Menurut beliau, MARA merupakan sebuah agensi bagi melindungi kepentingan bangsa Melayu di negara ini  dan tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah seperti mahu menekan orang Melayu.
“Kerajaan negeri, yang ditunjangi oleh kepimpinan Melayu di dalam PKR dan Pas, perlulah lebih rasional dan waras dalam hal seperti ini. Jangan disekat atau ditutup mana-mana agensi atau badan yang melindungi kepentingan serta memberi manfaat kepada orang-orang Melayu.
“Jika kerajaan negeri terus bertindak sedemikian, maka bangsa Melayu akan menanggung kerugian di dalam keadaan kita masih memerlukan agensi atau badan yang memelihara kepentingan Melayu seperti MARA dan sebagainya,” jelasnya di sini hari ini.
Beliau yang merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melihat tindakan kerajaan negeri Selangor cuba menutup pusat Giat Mara tersebut adalah didorong oleh semangat membalas dendam terhadap kerajaan pusat.
“Perkara ini sama seperti mana yang berlaku dalam isu Syabas. Isu Syabas juga sebenarnya melibatkan kepentingan orang Melayu di dalam perniagaan.
“Namun, atas alasan ketidakadilan serta monopoli, maka kerajaan negeri dilihat cuba untuk menekan Syabas kononnya untuk memecahkan monopoli satu pihak dalam isu ini.
“Pada pandangan saya,  isu Syabas dan juga isu penutupan Giat Mara ini  adalah lebih kepada isu tidak puas hati sesetengah pihak dengan syarikat di mana orang Melayu mempunyai kepentingan di dalamnya,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment