Semenjak dari tahun 1982, Anwar Ibrahim tidak pernah cenderung untuk menjadi pemimpin negeri. Bermula dari dalam ABIM dan pergerakan pelajar universiti tahun 1974 lagi, Anwar Ibrahim sudah mempotretkan dirinya sebagai pembesar di peringkat Persekutuan. Usaha bersungguh-sungguh dari tahun 1997 sehingga 2013 ialah untuk dia menjadi Perdana Menteri.
Namun takdir Allah Taala tidak dapat diatasi oleh sesiapa pun. Menjelang 2018, usia Anwar Ibrahim sudah menghampiri angka 70, sekaligus tidak lagi sesuai untuknya bergelar Perdana Menteri Malaysia.
Justeru, dia perlu mencari tapak yang lebih kukuh, lebih mempesonakan dan namanya akan terus disebut-sebut selain dia boleh berlagak seperti seorang maharaja sekalipun di dalam sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri-negeri Melayu.
Kemelut pertembungan antara Azmin Ali dengan Khalid Ali sengaja diciptanya bagi membolehkan dia mendapat laluan di Selangor. Walaupun dia bukanlah anak negeri Selangor, bahkan Parlimen yang dikuasainya juga bukannya di Selangor, namun itu tidak menghalang Anwar Ibrahim daripada meneruskan cita-cita besarnya.
Penguasaan majoriti lebih dua pertiga memudahkan Pakatan Rakyat untuk mengubah atau meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang mana ada klausa-klausanya mungkin menghalang orang luar daripada menjadi Menteri Besar Selangor. Anwar melihat kewujudan DYMM Sultan Selangor pula sekadar sebuah patung yang tidak mempunyai sebarang kuasa dan tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah rang pindaan tersebut dibentangkan kepada baginda.
Sebaliknya baginda hanya perlu menurunkan tandatangan dan merelakan pindaan yang membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor, sekaligus memecahkan rekod bagaimana seorang cucu seorang lelaki India totok yang masuk Islam semata-mata untuk mengahwini neneknya, berjaya menjawat jawatan tersebut sebagai Menteri Besar Selangor ke-11 dalam sejarah Selangor moden.
Dalam hierarki kepimpinan sepatutnya PAS yang menduduki carta teratas memandangkan PAS dipenuhi ADUN-ADUN Melayu beragama Islam dan menguasai 15 kerusi DUN. Sepatutnya PKR yang hanya menguasai 14 kerusi DUN dengan segelintir kecil sahaja ADUN Melayu, perlu mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada PAS bagi sebarang tindakan, namun PKR memilih untuk tidak berbuat demikian.
Sebaliknya keegoan dan perasan mereka lebih hebat, lebih kuat dan lebih dikehendaki berbanding PAS, membuatkan mereka mengambil tindakan secara bersendirian tanpa berbincang atau berunding terlebih dahulu dengan PAS Selangor.
Dewan Pemuda PAS Pusat sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah dan gelagat sombong Anwar Ibrahim dan PKR. Kata-kata kesat sudah pun menggantikan kata-kata sempurna yang halus sindiran dan kiasannya.
Malah bekas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi ketika memberikan reaksinya, berterus-terang bahawa kerja yang dilakukan oleh PKR di Selangor adalah kerja gila yang menyusahkan rakyat dan tenaga kerja parti semata-mata untuk memberikan laluan kepada seseorang dari parti tersebut untuk menjadi Menteri Besar.
Apa pula yang akan direaksikan oleh PAS Selangor? Walaupun sebahagiannya seperti Khalid Samad akan memilih untuk berpihak kepada Anwar Ibrahim kerana kepentingan kocek dan temboloknya, rata-rata sudah tidak tahan dengan gelagat itu.
Sana sini akar umbi PAS sudah berbunyi. Bahkan sudah ada beberapa PAS Kawasan yang bermesyuarat dan mencapai kata sepakat, enggan peduli dengan Pilihanraya Kecil DUN Kajang kerana tidak mahu melayan kegilaan melampau Anwar Ibrahim dan PKR.
Agak aneh, daripada 15 orang ADUN PAS Selangor, takkanlah tidak ada seorang pun yang layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Pertelingkahan dan kemelut kepimpinan di Selangor berpunca daripada PKR. Sepatutnya inilah masanya PAS mengambilalih tugas dan jawatan tersebut memandangkan antara ketiga-tiga parti, PAS yang paling dominan dan PAS yang paling layak serta paling stabil dan tak banyak kerenah.
Apa perlu seorang ADUN PKR melepaskan jawatan dan kemudian cepat-cepat berhijrah ke negara asing semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding dan kemudian menjawat jawatan Menteri Besar?
Kesian PAS… bertungkus lumus mengerjakan UMNO seteruk-teruknya, tetapi akhirnya mereka tetap juga bertaraf PARIAH. Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh Almarhum Datuk Harun Taib, PAS perlu keluar daripada Tahaluf Siyasi dengan PKR dan DAP yang ternyata telah merugikan PAS, bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga dalam jangka panjang.
mykmu.net
No comments:
Post a Comment